Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bung.kus] | ڤمبوڠکوس

Definisi : 1. bahan (kertas, kain, daun, dsb) utk membungkus sesuatu; 2. orang (syarikat dsb) yg membungkus; 3. sesuatu yg digunakan utk atau dlm kerja membungkus: mesin ~ gula-gula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bung.kus] | ڤمبوڠکوس

Definisi : bahan (kertas, kain, daun) utk membalut sesuatu: daun ~ nasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bung.kus] | ڤمبوڠکوس

Definisi : sesuatu (kertas, kain dsb) yg digunakan utk membungkus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembungkus

Puisi
 

Anik-anik daun kedayan,
     Sungguhnya anik pembungkus nasi;
Anik-anik kedayan,
     Sungguhnya anik berani mati.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bubble wrappembungkus gelembung/pembalut gelembungPentadbiran PerniagaanTiadaBahan plastik lut sinar yang mempunyai gelembung dipenuhi udara untuk memberikan perlindungan daripada kesan hentakan atau getaran dari luar bungkusan. Bahan ini biasanya digunakan untuk membungkus atau membalut barangan rapuh dan mudah pecah seperti kaca dan sebagainya.
herbal product labelingpelabelan produk herbaHerbaTiadaProsedur melabel bekas dan pembungkus produk herba. Maklumat yang tertera pada label termasuk nama dan komposisi produk, nama dan kuantiti kandungan bahan herba, indikasi atau kegunaan, cara penggunaan, amaran, kesan sampingan, tarikh luput, nombor pendaftaran dan alamat pengeluar.
battingbattingKesenianHiasan DalamanHelaian kapas atau wul mentah yang digunakan sebagai pelapik, pengisi atau pembungkus kuilt atau gebar. Kuilt biasanya digunakan di negara beriklim sejuk semasa tidur.
packaging materialbahan pembungkusanHerbaTiadaBahan yang digunakan untuk membungkus sediaan herba seperti botol, penutup, vial, kotak, karton dan sebagainya. Bahan pembungkusan boleh dibuat daripada bahan kaca, plastik, kertas, tin dan foil aluminium. Terdapat dua jenis bahan pembungkusan, iaitu primer dan sekunder. Pembungkus primer ialah bahan yang bersentuhan secara langsung dengan sediaan herba seperti botol, penutup, vial, ampul, kelongsong, uncang dan pek blister. Pembungkus sekunder seperti kotak dan karton ialah bahan yang membungkus pembungkusan primer.
nanobricknanobataFizikNanoteknologiFilem berketebalan kurang daripada 100 nm yang diperbuat daripada campuran sekitar 70% tanah liat dengan polimer mempunyai struktur sama seperti bata. Filem ini digunakan untuk melapisi pembungkus makanan supaya tahan lama, melapisi pakaian untuk tahan api dan permukaan bahan untuk tahan gores.

Kembali ke atas