product registration holder | pemegang pendaftaran produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Entiti sah yang mendapat kebenaran untuk memasarkan produk farmaseutikal dan herba. Pemegang pendaftaran produk herba bertanggungjawab terhadap semua aspek kualiti dan keselamatan produk serta pematuhan syarat-syarat pemasaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sinonim pemegang kebenaran pemasaran. |
cosmetic notification holder | pemegang pemberitahuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Syarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan skop perniagaannya adalah berkaitan dengan produk kesihatan atau kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik tidak semestinya pemilik produk. Sinonim pemegang notifikasi kosmetik. |
marketing authorization holder | pemegang kebenaran pemasaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Lihat pemegang pendaftaran produk. |
cosmetic notification holder | pemegang notifikasi kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Lihat pemegang pemberitahuan kosmetik. |
policy holders surplus | surplus pemilik polisi | insurans | Tiada | Amaun aset melebihi liabiliti yang ada pada insurer untuk membayar tanggungan masa hadapan kepada pemegang polisi. Bagi insurer bersama, surplus adalah keseluruhan bahagian ekuiti di dalam kunci kira-kira. Bagi insurer stok, surplus terbahagi dua iaitu surplus pemegang saham dan surplus pemegang polisi. |
product recall | penarikan balik produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses mengambil semula produk berdaftar atau bernotifikasi yang berada di pasaran. Produk ini telah disahkan tidak menepati spesifikasi kualiti dan keselamatan dan berisiko kepada kesihatan pengguna. Penarikan balik produk diarahkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kepada pemegang pendaftaran atau pemegang notifikasi. Penarikan balik produk juga boleh dilakukan secara sukarela oleh pemegang pendaftaran atau pemegang notifikasi. |
valve spring retainer lock | pengunci pemegang pegas injap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat pengunci yang diletakkan pada batang injap untuk mengunci pemegang pegas. |
transfer procedure | prosedur pertukaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara pertukaran pemegang pendaftaran produk sedia ada kepada pemegang baharu yang diperoleh daripada pihak berkuasa untuk mendapatkan kebenaran pemasaran produk tersebut. Prosedur pertukaran membolehkan produk mengekalkan nombor pendaftaran yang sama. |
engine mounting | pemegang enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen penebat yang diperbuat daripada getah boleh anjal atau sistem hidraulik yang dipasang di antara bahagian enjin dengan rangka, struktur atau badan kenderaan. Pemegang ini bertujuan untuk menyerap getaran enjin dan mengelakkan getaran tersebut dipindahkan ke dalam kenderaan. |
dividend | dividen | Ekonomi | Tiada | Bahagian untung perniagaan yang diagihkan kepada pemegang saham. Apabila dividen diisytiharkan, pemegangan saham keutamaan akan dibayar dahulu mengikut kadar yang ditetapkan oleh lembaga pengarah. Pemegang saham biasa akan menerima dividen berdasarkan peratusan daripada jumlah saham yang dimiliki. |