Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.jal.wa.pan] | ڤمجلواڤن

Definisi : proses memejalwap(kan): dua benda yg mengalami proses ~ ialah iodin dan ammonium klorida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.jal.wa.pan] | ڤمجلواڤن

Definisi : proses memejalwap atau memejalwapkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemejalwapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sublimationpemejalwapanHerbaTiadaPerubahan fasa pepejal kepada fasa wap tanpa melalui fasa cecair. Wap berubah semula kepada pepejal apabila terkondensasi pada permukaan sejuk. Proses ini digunakan terutamanya dalam pengeringan sejuk beku. Contohnya, pemejalwapan teofilina yang banyak terdapat dalam koko. Lihat juga pengeringan sejuk beku.
freeze-dryingpengeringan sejuk bekuHerbaTiadaProses menyingkirkan lembapan dengan cara disejukbekukan. Biasanya cecair ekstrak herba atau bahan herba dalam bentuk yang utuh disejukbekukan dan kandungan air dikeringkan secara pemejalwapan pada tekanan dan suhu rendah untuk menghasilkan serbuk ekstrak herba atau bahan herba kering. Proses ini sesuai digunakan bagi pengeringan bahan herba yang termolabil. Contohnya serbuk ekstrak larut air kopi dan tongkat ali.

Kembali ke atas