precipitation from homogeneous solution | pemendakan daripada larutan homogen | Kimia | Kimia Analisis | Satu teknik pemendakan yang ion pemendakannya tidak dimasukkan secara langsung dalam larutan, tetapi dijanakan secara perlahan-lahan di dalam larutan itu oleh satu tindak balas kimia homogen. Proses pemendakan ini akan menghasilkan mendakan tulen dan bersaiz lebih besar. |
differential percipitation | pemendakan pembezaan | Kimia | Kimia Analisis | Pemendakan memilih bagi garam atau kompleks dalam larutan campuran untuk tujuan pemisahan. |
fractional precipitation | pemendakan berperingkat | Kimia | Kimia Analisis | Proses pemisahan bahan-bahan secara pemendakan separa yang dilakukan berulang-ulang kali. |
precipitation | pemendakan | Kimia | Kimia Analisis | Proses kimia atau fizik yang menghasilkan fasa pepejal yang terasing atau tidak larut dalam medium cecair. Pemendakan digunakan untuk memisahkan fasa pepejal daripada larutan akueus. |
postprecipitation | pemendakan lanjutan | Kimia | Kimia Analisis | Pembentukan mendakan yang kedua di atas permukaan mendakan yang sedia ada. Ia terjadi disebabkan oleh perbezaan kadar pemendakan analit dan bendasing. Ia merupakan proses yang tidak diingini dalam analisis gravitmetri. |
herbal precipitation | pemendakan herba | Herba | Tiada | Proses pemisahan bahan pepejal daripada larutan ampaian herba melalui tindakan graviti, pengemparan atau penambahan pelarut organik. Contohnya, pemisahan residu herba selepas proses maserasi dan pemendakan komponen glikosaponin daripada larutan air tongkat ali. |
co-precipitation | sepemendakan | Kimia | Kimia Analisis | Pemendakan dua atau lebih ion logam dalam larutan dengan menggunakan reagen pemendak yang sama. |
argentometry | argentometri | Kimia | Kimia Analisis | Satu daripada kaedah pentitratan pemendakan yang berdasarkan pembentukan mendakan garam argentum dengan halida atom kromat. |
diverse ion effect | kesan ion pelbagai | Kimia | Kimia Analisis | Kesan yang disebabkan oleh ion-ion lain ke atas pemendakan akibat daripada kesan ion-ion itu kepada keaktifan ion pemendak. |
astrigent | astrigen | Herba | Tiada | Herba yang bertindak setempat untuk menegangkan permukaan kulit dan mengurangkan penyerapan membran sel melalui proses pemendakan protein. Contoh herba ini ialah manjakani. |