Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.men.da.pan] | ڤمندڤن

Definisi : proses dsb mendap; endap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.men.da.pan] | ڤمندڤن

Definisi : perihal, perbuatan dsb mendap atau memendapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemendapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chemical vapour depositionpemendapan wap kimiaFizikNanoteknologiProses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis.
electrodepositionelektromendapanFizikNanoteknologiPemendapan logam pada katod daripada elektrolit yang mengandungi ion logam tersebut. Kaedah elektromendapan yang lain ialah semburan nanozarah bercas ke atas permukaan bervoltan tinggi. Kaedah ini dapat digunakan dalam proses penyemburan cat ke atas badan kereta bagi memastikan penyalutan cat yang sekata terutamanya pada bahagian yang sukar dicapai. Contohnya, penyaduran elektrik logam kromium, kuprum dan emas.
heteroepitaxyheteroepitaksiFizikNanoteknologiKaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur berlainan jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, hablur semikonduktor seperti galium arsenida, germanium dan kadmium telurid (CdTe) dapat dimendapkan pada permukaan hablur silikon. Banding homoepitaksi.
homoepitaxyhomoepitaksiFizikNanoteknologiKaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur yang sama jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, silikon jenis-p dimendapkan ke atas silikon jenis-n. Banding heteroepitaksi.
accretionendap timbusSains MarinTiadaProses pemendapan sedimen melalui pergerakan hakisan dan lelasan air laut yang berlaku secara beransur-ansur. Contohnya, sedimen yang terdapat di zon hadapan kawasan paya bakau.
cell wall lignificationpeligninan dinding selBuluhTiadaPemendapan lignin pada matriks polisakarida luar sel, yang berfungsi untuk menguatkan struktur dinding sel tumbuhan.
advancing coastkemaraan pinggir lautSains MarinTiadaKawasan pinggir laut yang terbentuk menganjur ke arah laut akibat pemendapan sedimen di zon pesisir pantai. Fenomena ini juga terjadi kesan daripada penurunan aras air laut atau peningkatan aras benua.
lithographylitografiNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah penghasilan corak pada permukaan melalui pendedahan terhadap cahaya, laser, atau ion diikuti dengan punaran dan pemendapan bahan untuk membentuk struktur yang dikehendaki, seperti dalam pembuatan cip bersepadu bagi kegunaan nanoelektronik.
polarized microelectrodemikroelektrod terkutubkanKimiaKimia AnalisisElektrod yang terhasil apabila arus berkurang dengan cepat disebabkan oleh kekurangan kepekatan ion-ion di permukaan mikroelektrod melalui pemendapan. Elektrod ini hanya menyentuh sebahagian kecil larutan yang diuji yang voltannya ditetapkan dan arus mengalir dengan nilai tertentu.
Stranski-Krastanov growthpertumbuhan Stranski-Krastanov (SK)FizikNanoteknologiSatu daripada ragam pertumbuhan filem tipis secara epitaksi pada permukaan hablur yang proses pertumbuhannya melibatkan dua langkah, iaitu pemendapan filem tipis lapis demi lapis sehingga mencapai ketebalan genting diikuti dengan pertumbuhan pulau disebabkan oleh ketakpadanan kekisi. Ketebalan genting bergantung pada sifat fizik dan kimia substrat dan bahan filem, seperti tenaga permukaan dan parameter kekisi. Pertumbuhan Stranski-Krastanov digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan SK. Lihat juga pertumbuhan Volmer-Weber (VW), pertumbuhan Frank-van der Merwe (FM).
12

Kembali ke atas