Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mer.ha.tian] | ڤمرهاتين

Definisi : perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan di­ke­tahuilah asal usul penyakit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mer.ha.tian] | ڤمرهاتين

Definisi : perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anatomical analysisanalisis anatomiSains SukanBiomekanikPemerhatian terhadap pergerakan untuk menentukan tindakan sendi dan otot yang terlibat. Contohnya, melakukan pemerhatian terhadap pergerakan sendi dan otot kaki semasa menggelecek bola dalam permainan bola sepak.
Logical Observation Identifiers Names and Codes (LOINC)Kod dan Nama Pengecam Pemerhatian Logik (LOINC)Teknologi Maklumate-KesihatanStandard bagi pengenalan maklumat klinikal dalam laporan elektronik. Pangkalan data LOINC menyediakan set nama yang universal dan kod pengenalan bagi mengenal pasti keputusan ujian makmal dan klinikal dalam konteks mesej laporan pemerhatian kesihatan aras 7 (HL7), ASTM E1238 dan TC251. Salah satu tujuan LOINC adalah untuk memudahkan pertukaran dan pengumpulan keputusan penjagaan klinikal, hasil pengurusan dan penyelidikan.
observationpemerhatian/cerapanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
surveillancepengawasanPerikananAkuakulturPemerhatian rapi terhadap populasi haiwan akuatik tertentu untuk mengesan sebarang penyakit bagi tujuan kawalan.
epidemiology datadata epidemiologiPerubatanTiadaPemerhatian pelbagai faktor bukan eksperimen, termasuk tahap pendedahan populasi dan nilai kesan kesihatan sampel. Data ini merupakan penunjuk untuk mengenal pasti defisit dan masalah dalam sistem penjagaan kesihatan, dan menjadi panduan dalam perancangan perkhidmatan dan peruntukan sumber.
qualitative analysisanalisis kualitatifHerbaTiadaKaedah pemerhatian dan pengukuran berdasarkan sifat fizikokimia bahan kimia yang terdapat dalam bahan herba. Maklumat analisis ini menunjukkan kehadiran bahan kimia tersebut. Kaedah ini berguna untuk memastikan ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah dan sediaan herba. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bahan herba dicirikan secara kualitatif melalui analisis mikroskopi, makroskopi, warna dan kromatografi. Kaedah lain seperti elektroforesis dan spektroskopi juga boleh digunakan.
self-monitoringswapantauSains KesihatanTiadaPerbuatan melakukan pemerhatian sendiri untuk menilai sesuatu sama ada betul atau salah.
mountantbahan pelekapHerbaTiadaReagen kimia yang membantu pemerhatian struktur tisu dan sel dalam bentuk yang utuh di bawah mikroskop. Bahan pelekap dititiskan pada bahan herba serbuk atau yang dihiris sebelum dianalisis secara mikroskopi. Terdapat tiga jenis bahan pelekap, iaitu bahan pelekap umum, bahan pelekap penjernih dan bahan pelekap pewarna. Bahan pelekap umum seperti alkohol, gliserol dan kresol digunakan untuk melihat kesemua jenis struktur tisu dan sel. Bahan pelekap penjernih seperti kloral hidrat digunakan untuk melarutkan sebahagian kandungan sel (contohnya, klorofil) atau dinding sel (contohnya, kanji) supaya struktur tisu dan sel yang lain (contohnya, sel parenkima, trikom dan kristal oksalat) menjadi lebih lut sinar. Bahan pelekap pewarna seperti floroglusinol, iodin dan Sudan III digunakan untuk mewarnakan sebahagian kandungan sel (contohnya, kanji dan minyak) atau dinding sel (contohnya, vesel dan serat).
multi-messenger astronomyastronomi multipengutusAstronomiTiadaAstronomi berdasarkan pemerhatian yang berkoordinat dan tafsiran isyarat "pengutusan" yang berbeza.
quarantinekuarantinKesihatan AwamTiadaTempat atau tempoh pengasingan atau pemerhatian dijalankan, termasuklah hospital penyakit berjangkit untuk mencegah perebakan penyakit berjangkit.
123

Kembali ke atas