abdominoscopy | abdominoskopi | Perubatan | Tiada | Pemeriksaan rongga abdomen, khususnya pemeriksaan langsung organ-organ abdomen secara endoskopi. |
postnatal examination | pemeriksaan postnatal | Kejururawatan | Tiada | Pemeriksaan ke atas ibu dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi. Contohnya, pemeriksaan payudara, tinggi fundus, perineum, trombosis vena dalam, hemoglobin dan urin. |
acceptance inspection | pemeriksaan penerimaan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pemeriksaan akhir dalam menentukan sama ada suatu sistem atau kemudahan memenuhi piawaian teknikal dan prestasi yang ditetapkan. Pemeriksaan ini dilakukan sebaik sahaja ujian perisian dan kemudahan dijalankan bagi penerimaan sistem maklumat tersebut. Sekiranya sistem ini diterima, maka akreditasi diperoleh. |
cardiovascular preoperative evaluation | evaluasi kardiovaskular prabedah | Perubatan | Tiada | Pemeriksaan sistem kardiovaskular pesakit sebelum pembedahan. Pemeriksaan ini melibatkan pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan kadar denyutan dan ritma jantung, pengukuran tekanan darah arteri dan vena jugular, auskultasi bunyi jantung, membuat interpretasi sinar-X dada dan elektrokardiogram. |
forest checking station | stesen pemeriksaan hasil hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Pusat pengukuran dan pemeriksaan hasil hutan bagi mengira cukai yang perlu dibayar berdasarkan isi padu dan spesies yang dikeluarkan. Pemeriksaan juga dijalan supaya hanya kayu yang dibenarkan sahaja dibawa keluar. |
check up | pemeriksaan | Perubatan | Tiada | Pemeriksaan perubatan, terutama yang dilakukan pada sela masa tertentu untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. |
macroscopic examination | pemeriksaan makroskopik | Perubatan | Tiada | Pemeriksaan sesuatu objek yang dibuat dengan mata kasar, tanpa menggunakan mikroskop. |
preflight inspection | pemeriksaan praterbang | Aeroangkasa | Tiada | Pemeriksaan pesawat udara sebelum berlepas untuk memastikan semua sistem berfungsi dengan baik. |
visual inspection | pemeriksaan visual | Sosiologi | Tiada | Pemeriksaan dengan mata kasar. |
periodical survey | pemeriksaan berkala | Kejuruteraan | Tiada | Pemeriksaan kapal pada jangka masa yang telah ditetapkan. |