Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mé.so.ngan] | ڤميسوڠن

Definisi : perbuatan memesongkan (ke­percayaan, pendirian, dsb): langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mé.so.ngan] | ڤميسوڠن

Definisi : perbuatan (hal dsb) memesong atau memesongkan (sesuatu): Alirkan arus elektrik melalui meter itu dan perhatikan ~ yg dibuat oleh penunjuknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesong
Kata Terbitan : memesongkan, terpesong, pemesongan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deflecting offenderspemesongan pesalahKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan menukar haluan pesalah atau orang yang berpotensi menjadi pesalah daripada melakukan jenayah. Perbuatan ini dilakukan dengan menghalang penjenayah daripada mencapai matlamatnya seperti meningkatkan tahap keselamatan sasaran. Tindakan ini termasuklah usaha untuk mengalihkan pesalah daripada laluan jenayah seperti menyediakan pemulihan tanpa penahanan.
geostrophic flowaliran geostrofSains MarinTiadaPergerakan arus lautan yang daya kecerunan tekanannya diseimbangkan oleh daya Coriolis (daya yang menyebabkan berlakunya pemesongan aliran udara yang terhasil daripada kesan putaran bumi). Pergerakan arah aliran ini selari dengan isobar dengan tekanan yang tinggi di sebelah kanan aliran hemisfera utara dan tekanan yang tinggi di hemisfera selatan. Contohnya, arus Kuroshio.

Kembali ke atas