quicksilver | raksa | Herba | Pemiawaian | Istilah sama bagi merkuri dalam bentuk asli sebelum digunakan. Dalam pemiawaian, kontaminasi raksa perlu dielakkan bagi menjamin kualiti ekstrak herba yang digunakan. |
herbal standardization | pemiawaian herba | Herba | Tiada | Kaedah yang menyelaraskan atau menyesuaikan bahan mentah dan sediaan herba kepada suatu kandungan atau kumpulan kandungan bahan yang mempunyai aktiviti terapeutik tertentu sama ada dengan penambahan eksipien atau pencampuran bahan mentah atau sediaan herba tertentu. Kaedah pemiawaian merangkumi analisis organoleptik, spektroskopi, kromatografi, assai dan lain-lain. Pemiawaian membolehkan penentuan secara tepat paras kandungan bahan kimia aktif atau bahan penanda bagi memastikan bahan mentah atau sediaan herba mempunyai kualiti yang konsisten. Contohnya, ekstrak misai kucing dipiawaikan mengandungi 0.02% sinensetin. |
absolute alcohol | alkohol mutlak | Herba | Pemiawaian | Cecair tidak berwarna yang boleh meruap, mengandungi sekurang-kurangnya 99.5% etanol per isi padu/berat (campuran minimum 0.5% air) dan berformula molekul CH3CH2OH. Cecair ini digunakan sebagai pelarut dalam pengekstrakan herba untuk pemiawaian. Sinonim alkohol dehidrasi. |
maceration | perendaman | Herba | Pemiawaian | Proses menenggelamkan sampel herba yang telah dikisar atau dikecilkan saiznya dalam air atau pelarut tertentu seperti metanol, etanol dan heksana di dalam bekas tertutup dalam jangka masa tertentu pada suhu bilik. Proses ini dilakukan untuk mengekstrak sebatian metabolit bagi proses pemiawaian. Contohnya, proses merendam hempedu bumi (Andrographis paniculata) untuk menghasilkan ekstrak mentah. |
high performance liquid chromatography (HPLC) | kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan campuran dua pelarut organik atau lebih, akueus dan bahan tambah sebagai fasa gerak dan fasa pegun yang terdiri daripada pepejal yang dimampatkan dalam satu turus. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan fasa gerak dari turus ke alat pengesan yang berasaskan penyerapan sinar ultralembayung atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini sering digunakan dalam pemiawaian sebatian bermanfaat dalam ekstrak herba untuk mendapatkan profil sebatian kimia. Sebagai contoh, produk herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipiawaikan dengan kandungan eurikomanon sebanyak 10% melalui kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi. |
standardization | pemiawaian | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
standardization | pemiawaian | Geografi | Tiada | Tiada |
standardization | pemiawaian | Kependudukan | Tiada | Tiada |
standardization | pemiawaian; penstandardan | Linguistik | Tiada | Tiada |
standardization | pemiawaian | Geografi | Tiada | Tiada |