Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.dang] | ڤميدڠ

Definisi : bingkai (tempat mem­bentangkan kulit, gambar, dll), pembidang, pembidangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemidang

Puisi
 

Kain putih buat pemidang,
     Kain dijahit lipat tepi;
Sana kasih sini sayang,
     Mana tempat letak hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frame by framepemidang demi pemidangPendidikanTiadaKepingan gambar yang berkesinambungan dalam filem gerak.
pola pemidangpola pemidangKesenianTiadaUkiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. pola bingkai
locking stilepemidang tegak pintuKesenianTiadaPemidang tegak yang terdapat pada sesuatu pintu.
carriagepembawa;; pemidang (percetakan), ; (percetakan)PerpustakaanTiada2. Pemidang: Bingkai rata yang mempunyai panduan rel yang terdiri daripada papan yang menyokong batu tempat terletaknya form yang digunakan pada percetakan tangan.
action viewerpemidang aksiKomunikasiTiadaRuangan lakonan atau pergerakan yang dapat dilihat melalui pemidang tilik kamera.
half framesetengah pemidangPendidikanTiadaDimensi yang lebih kecil daripada piawaian, biasanya pada pemidang filem 35 mm.
abacussempoaMatematikTiadaAlat mengira yang terdiri daripada sebuah pemidang yang dipasang dalam beberapa baris manik yang dicucuk pada batang pemidang. RUJUK RAJAH M.S. 114
framepemidang; rangka; bingkai; kerangkaFizikTiadaTiada
framepemidang; rangka; bingkai; kerangkaKomputerTiadaTiada
framepemidang; rangka; bingkai; kerangkaLinguistikTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas