separation of power | pengasingan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemisahan fungsi legislatif, eksekutif dan kehakiman dalam pemerintahan negara. Pemisahan ini dapat dilihat melalui pembahagian fungsi iaitu legislatif untuk menggubal undang-undang, eksekutif pula melaksanakan undang-undang dan kehakiman mentafsir undang-undang. Badan legislatif atau Parlimen diletakkan terpisah daripada badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini amat perlu untuk mengelakkan kuasa tertumpu kepada satu badan atau seorang yang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. Sinonim pemisahan kuasa. |
segregation | pengasingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemisahan yang dilakukan terhadap individu, kelompok dan petempatan. Pemisahan ini dilaksanakan dengan memindahkan kelompok yang sedia ada melalui suatu rancangan yang rapi berasaskan etnik, agama, warna kulit atau status sosial. Pemisahan ini dilakukan sama ada untuk kepentingan etnik tertentu, dasar warna kulit, layanan yang tidak sama atau untuk mengelak masyarakat ini bercampur antara satu sama lain. Contohnya, dasar Aparteid yang pemah diamalkan di Afrika Seletan yang mengasingkan penduduk kulit putih dengan kulit hitam. |
separation factor | faktor pemisahan | Kimia | Kimia Analisis | 1. Ukuran pemisahan dua zat dalam pengekstrakan. 2. Nisbah kelimpahan dua isotop selepas pemprosesan dibahagikan dengan kelimpahan isotop sebelum pemprosesan. |
dichotomy | dikotomi | Kesusasteraan | Puisi | Pemisahan atau pembahagian antara dua kelompok, kumpulan dan era. Pemisahan dibuat kerana terdapatnya perbezaan yang jelas dalam sesuatu aspek. Contohnya, dikotomi perkembangan puisi Melayu sebelum perang dengan perkembangan puisi Melayu selepas perang. |
secessionism | faham pemisahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang berpegang kepada pembentukan wilayah yang merdeka daripada penguasaan kuasa pusat. Lihat juga pemisahan. |
isolation | pengasingan | Kesihatan Awam | Tiada | Pemisahan seseorang atau sesuatu kumpulan daripada orang lain, kecuali petugas yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pemisahan tersebut, untuk mencegah perebakan sesuatu penyakit berjangkit dan memberikan rawatan kepada mereka. |
herbal precipitation | pemendakan herba | Herba | Tiada | Proses pemisahan bahan pepejal daripada larutan ampaian herba melalui tindakan graviti, pengemparan atau penambahan pelarut organik. Contohnya, pemisahan residu herba selepas proses maserasi dan pemendakan komponen glikosaponin daripada larutan air tongkat ali. |
liquid-solid extraction | pengekstrakan cecair-pepejal | Herba | Tiada | Proses pemisahan komponen kimia terlarut daripada suatu pepejal dengan menggunakan pelarut cecair. Contohnya, pemisahan bahan aktif asiatikosida daripada daun pegaga dengan menggunakan pelarut campuran air dan alkohol. |
recovery ratio | nisbah pemulih | Kimia | Kimia Analisis | Sebutan ralat (Q) dalam proses pemisahan yang bergantung kepada dua faktor iaitu kelengkapan pemulihan analit (x) dan darjah pemisahan juzuk yang tidak diingini daripada sampel asal (Xo). Pemulihan yang terbaik ialah pada Q = 1. |
isolation | pemencilan/pengasingan | Herba | Pemiawaian | Proses pemisahan sebatian kimia tertentu daripada campuran sesuatu ekstrak atau fraksi herba. Proses ini boleh dilakukan melalui kaedah kromatografi, seperti kromatografi turus dengan menggunakan pelarut organik atau akueus. Contohnya, pemisahan sebatian piawai eurikomanon daripada ekstrak akueus tongkat ali (Eurycoma longifolia). Sinonim pengasingan. |