dash panel reinforcement | tetulang panel pemuka | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Struktur yang menguatkan bahagian panel pemuka. |
dash panel cross member | anggota silang panel pemuka | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang memegang panel pemuka tempat panel peralatan kereta dipasang. |
dash panel head | kepala panel pemuka | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian hadapan pemandu yang terdiri daripada meter penunjuk. |
oil pressure indicator | penunjuk tekanan minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penunjuk pada papan pemuka yang memberi panduan dan amaran kepada pemandu berkenaan tentang keadaan tekanan minyak pelincir. Penunjuk ini boleh berupa sama ada lampu amaran, tolok elektronik, paparan graf bar atau digital. Tekanan minyak biasanya dalam julat 100 kPa hingga 520 kPa yang dijanakan oleh pam minyak untuk mengalirkan minyak dalam sistem pelinciran. Apabila tekanan minyak terlalu rendah, lampu amaran akan menyala. |
floor console | konsol lantai | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kota membujur di bawah panel pemuka dari tuil gear hingga ke brek tangan, yang menempatkan suis cermin pintu depan kiri dan kanan. |
heater | pemanas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyinar kecil atau teras pemanas kecil, yang dipasang di bawah papan pemuka, yang mengedarkan bahan pemanas untuk memanaskan ruang di dalam kenderaan. |
revolution per minute | putaran per minit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bilangan pusingan aci engkol dalam masa satu minit. Putaran ini mewakili kelajuan putaran enjin dan ditunjukkan pada papan pemuka secara elektronik atau tolok dail. Unit ini biasanya ditanda sebagai rpm. Singkatan RPM. |
indicated speed | laju tertunjuk | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kelajuan kenderaan seperti yang ditunjukkan oleh meter kelajuan. Kelajuan diukur dalam unit km/jam atau batu/jam. Ukuran ini ditunjukkan oleh penunjuk berjarum atau secara paparan elektronik pada papan pemuka. |
fuel gauge | tolok bahan api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat yang mengukur amaun baki bahan api di dalam tangki. Alat ini boleh dikawal secara magnetik atau termostatik. Maklumat yang diberi disampaikan kepada pemandu melalui penunjuk amaun bahan api pada papan pemuka. |