return premium | pemulangan premium | insurans | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. 2. Rider dalam polisi insurans hayat, yang memperuntukkan bahawa sekiranya insured meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan maka insurer akan membayar satu amaun bersamaan dengan jumlah semua premium yang telah dibayar, sebagai tambahan kepada amaun muka polisi. |
return of cash value | pemulangan wang tunai | insurans | Tiada | Peruntukan atau rider dalaman polisi insurans hayat yang menyatakan sekiranya berlaku kematian dalam satu tempoh (biasanya 20 tahun) polisi berkenaan akan membayar sesuatu jumlah, sebagai tambahan kepada nilai muka, yang bersamaan dengan nilai polisi pada tarikh kematian. |
policy dividend | dividen polisi | insurans | Tiada | Pemulangan tahunan yang menjadi bahagian pemegang polisi daripada lebihan keuntungan syarikat. |
agent rebate | rebat ejen | Pelancongan | Tiada | Potongan daripada sejumlah bayaran yang perlu dibayar oleh ejen atau pemulangan sebahagian daripada jumlah yang telah dibayar oleh ejen. |
unearned premium insurance | insurans premium tidak terperoleh | insurans | Tiada | Perlindungan insurans yang ditambah kepada polisi penerbangan untuk pemulangan sebahagian daripada premium jika polisi ditamatkan lebih awal apabila berlaku kerugian keseluruhan. |