deprivation | penafian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan meminggirkan peranan dan hak seseorang atau organisasi dalam sesuatu sistem yang dilakukan sama ada berasaskan motif politik atau ekonomi. Dalam konteks politik, penafian dilakukan untuk menghalang pengaruh seseorang atau kelompok tertentu daripada mencabar dan menyaingi kedudukan atau penguasaan politik golongan pemerintah. Penafian politik boleh wujud dengan menyekat seseorang atau kelompok bertanding dalam pilihan raya atau menghalang penglibatannya dalam aktiviti politik. Tindakan ini boleh dilakukan dengan mengenakan peraturan tertentu, menahan dan memenjarakan individu tersebut. Dalam konteks ekonomi pula, penafian boleh dilakukan dengan mengetatkan syarat perniagaan, mengenakan kuota atau cukai tertentu dan mengehadkan ruang perniagaan sesuatu kelompok. Contohnya, puak Kurdish di Iraq sewaktu rejim Saddam dinafikan hak mereka dalam konteks perwakilan politik. Sinonim perlucutan. |
?usn al-ta�l?l | ?usn al-ta�l?l | Kesusasteraan | Tiada | Penafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad? |
denial | penafian | Kejururawatan | Tiada | Usaha untuk mengurangkan keresahan dengan keengganan menerima pemikiran, perasaan, fakta atau kenyataan. |
health denial | penafian kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Ketakterimaan individu terhadap kemerosotan kesihatan yang dihadapinya untuk mengurangkan keresahan atau ketakutan terhadap penyakit yang dihidapinya. |
asceticism | kezahidan | Sains Sukan | Biomekanik | Penafian terhadap aspek keperluan fizikal bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan terhadap aspek psikologi atau mental. Contohnya, sebelum melakukan aksi terjunan dalam acara sukan terjun, seseorang atlet itu perlu memberikan perhatian terhadap aspek psikologi, misalnya merenung untuk menghasilkan terjunan yang ideal. |
ping of death | ping maut | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan penafian layanan yang melibatkan penghantaran paket ping yang bersaiz lebih daripada 65 507 bait ke komputer sasaran. Serangan ini akan menyebabkan perkhidmatan rangkaian akan terganggu pada komputer sasaran. |
nonrepudiation | tanpa sangkalan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menafikan perbuatannya berdasarkan bukti yang sahih kecuali dibuktikan sebaliknya. Contohnya, mesej yang ditandatangani secara digital dengan kekunci persendirian. Penyahsulitan mesej tersebut dengan menggunakan kekunci awam akan membuktikan mesej telah dihantar. Penafian terhadap tandatangan hanya boleh dilakukan sekiranya kekunci persendirian tersebut dibuktikan dicuri oleh pihak lain. Lihat juga tandatangan digital. Banding sangkalan. |
system crash | ranap sistem | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan yang berlaku pada sistem pengendalian apabila suatu ralat atau konflik pada atur cara menyebabkan sistem pengendalian tidak boleh berfungsi dengan betul dan semua proses yang sedang diuruskan oleh sistem pengendalian perlu dihentikan sehingga masalah diselesaikan. Contohnya, serangan penafian layanan (DoS) boleh menyebabkan sistem pengendalian terbeban sehingga pengendalian biasa tidak boleh dijalankan. |
discrimination | diskriminasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi, tindakan, layanan atau proses yang berat sebelah kepada kelompok tertentu. Amalan ini wujud disebabkan oleh perbezaan sosial seperti kasta, kelas, etnik, agama, warna kulit, bahasa dan budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dominasi sosial yang berasaskan kepada perbezaan tersebut menyebabkan muncul perasaan terpinggir, penafian dan kekecewaan oleh kelompok yang didominasi. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila tindakan diskriminasi ini dijelmakan dalam bentuk dasar sosial, politik dan ekonomi yang dilihat hanya menguntungkan kelompok dominan. Contohnya, etnik kulit hitam di Afrika Selatan yang didiskriminasi oleh pemerintah kulit putih sewaktu rejim Aparteid. |