Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penambahbaikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manufacturing line extensionpemanjangan saluran pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranPenambahbaikan operasi atau sistem dalam pembuatan produk untuk meningkatkan pengeluaran atau kualiti produk. Pemanjangan saluran pengilangan memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
content editingpenyuntingan kandungan-TiadaProses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap susunan struktur, persembahan dan fakta. Sinonim substantive editing.
copy editingpenyuntingan naskhah-TiadaProses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap bahasa, keselarasan, ketekalan dan susunan. Sinonim table editing.
digital imageimej digitalTeknologi Maklumate-KesihatanPerwakilan imej dalam bentuk digital. Pendigitan imej analog membenarkan perkembangan dan penambahbaikan proses analisis dalam bidang seperti pemeliharaan artifak, perubatan, astronomi, perundangan, dan pertahanan. Keupayaan pengkomputeran yang tinggi memudahkan lagi pemprosesan imej digital dengan lebih tepat, seperti pembinaan semula imej tengkorak yang rosak akibat kemalangan.
constructive criticismkritikan membinaUmumTiadaKritikan untuk membantu seseorang dengan cara memberikan cadangan khusus dan tindakan yang berkesan bagi penambahbaikan yang positif. Kritikan ini lebih jelas, tepat sasaran dan mudah untuk dilaksanakan.
eco-innovationekoinovasiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembangunan produk dan proses baharu yang lebih baik ke arah teknologi mampan dan menyumbang kepada penambahbaikan daya tahan alam terhadap tekanan alam sekitar, atau penggunaan sumber semula jadi yang lebih efisien.
environmental impact assessmentpenilaian kesan alam sekitarTeknologi HijauTiadaKajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberi serta berkongsi maklumat mengenai kesan projek yang dicadangkan terhadap alam sekitar dan menetapkan langkah penambahbaikan, setelah mendapat maklum balas daripada pihak yang berkepentingan.
traditional medicineperubatan tradisionalHerbaPeraturan dan PemasaranGabungan ilmu, kemahiran, dan amalan masyarakat tempatan berdasarkan teori, kepercayaan, dan pengalaman budaya masing-masing. Perubatan tradisional yang diamalkan dalam penjagaan kesihatan termasuklah pencegahan, pengenalpastian, penambahbaikan atau perawatan penyakit fizikal dan mental.
monitoring reportlaporan pengawasanHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen bertulis yang lengkap berkaitan dengan penemuan sesuatu yang tidak mematuhi prosedur dan garis panduan. Laporan pengawasan penting untuk mengenal pasti arah aliran/kecenderungan/trend proses dan tindakan yang boleh diambil untuk penambahbaikan dan pencegahan.
copylefthak terbukaTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu bentuk kebenaran untuk mengguna, mengubah suai, memperluas dan mengedar semula sesuatu hasil kerja kreatif dan hasil kerja lanjutan secara bebas dan terbuka kepada umum dengan mengekalkan hak kebenaran kepada terbitan selanjutnya. Hak terbuka ini membantu meluaskan penggunaan dan penambahbaikan hasil kerja untuk faedah bersama. Contoh hak terbuka ialah Apache OpenOffice, FileZilla dan Moodle. Banding hak cipta.
12

Kembali ke atas