egress filtering | penapisan keluar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penapisan trafik protokol Internet pada tembok api. Paket yang keluar dari rangkaian dalaman akan diperiksa untuk memastikan kepatuhan kepada dasar keselamatan rangkaian. Teknik ini amat berguna untuk mematahkan serangan yang berpunca daripada hos dalaman. Banding penapisan masuk. |
ingress filtering | penapisan masuk | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penapisan trafik protokol Internet pada tembok api. Paket yang masuk dari rangkaian luaran akan diperiksa untuk memastikan kepatuhan kepada dasar keselamatan rangkaian. Teknik ini amat berguna untuk mematahkan serangan yang berpunca daripada hos luaran. Banding penapisan keluar. |
self-filtration | penapisan diri | Kejuruteraan | Tiada | Penapisan alur sinar x atau sinar gama oleh bahagian tiub atau perisai tiub. |
petroleum refining | penapisan petroleum | Geografi | Tiada | Proses penapisan petroleum untuk memisahkan bahagian yang sesuai untuk bahan api pengangkutan, minyak pemanasan, dan sebagainya. |
refining | penapisan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Proses menjadikan sesuatu bahan bebas daripada benda asing. Contohnya penapisan minyak sawit untuk menyingkir bahan-bahan seperti resin, asid lemak, pigmen, logam surih dan lain-lain. |
filtration see also percolation | penapisan lihat juga penelusan | Hidrologi | Tiada | Proses melalukan cecair menerusi suatu medium penapisan untuk membuang jirim ampai atau koloid. |
filtering software | perisian penapisan | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang dapat menapis strim data yang tidak dikehendaki melalui suatu rangkaian komputer. Perisian ini dapat mengelakkan daripada ancaman virus, penggodam dan laman web yang bersifat negatif. Contohnya, ciri-ciri penapisan yang terdapat pada pelayar web, tembok api dan sistem pengesanan pencerobohan. |
barrels per stream day | tong per hari berlangsung | Kejuruteraan | Petroleum | Unit bagi kadar pemprosesan atau kadar penapisan yang dilakukan oleh satu-satu loji pemproses/penapis minyak dalam tempoh sehari dengan syarat kerja penapisan berlangsung sepenuhnya pada hari tersebut. |
barrels per (calendar) day | tong per (kalendar) hari | Kejuruteraan | Petroleum | Unit untuk kadar pemprosesan atau penapisan yang dilakukan oleh satu-satu loji penapis dalam tempoh yang tertentu. Kadar ini diperoleh dengan cara membahagikan jumlah minyak tertapis yang telah dikeluarkan atau jumlah air yang digunakan untuk proses penapisan tersebut dalam suatu tempoh yang telah dipilih, dengan jumlah hari yang terkandung dalam tempoh tersebut. |
shell-leaf filter | penapis kelompang daun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Alat penapisan pepejal daripada bendalir pada keadaan tekanan yang tinggi bagi menjimatkan tenaga pekerja dan memudahkan pembasuhan kek. Penapis ini terdiri daripada beberapa penapis yang disusun di dalam kelompang tertutup. Bendalir yang akan ditapis disuapkan ke dalam kelompang melalui penapis dan bendalir yang bersih dikeluarkan di bahagian hujung kelompang. Unit ini kerap digunakan dalam proses penapisan yang menggunakan bahan bantu turas. |