market forces | daya pasaran | Ekonomi | Tiada | Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sesuatu barangan yang seterusnya mempengaruhi tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. Umumnya, apabila permintaan pasaran lebih besar daripada penawaran pasaran maka harga akan cenderung naik dan kuantiti akan cenderung bertambah. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila penawaran pasaran melebihi permintaan pasaran. |
oversupply | penawaran berlebihan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
supply | bekalan/penawaran | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
supply-side economy | ekonomi sebelah penawaran | Ekonomi | Tiada | Falsafah ekonomi yang mempercayai bahawa peningkatan pengeluaran oleh sektor swasta dapat dicapai dengan mengurangkan cukai dan perbelanjaan. Pengurangan cukai akan menggalakkan pelabur swasta menambahkan pengeluaran melalui penambahan tenaga kerja. Pengurangan cukai juga akan menggalakkan individu dan sektor swasta meningkatkan tabungan dan pelaburan. Peningkatan pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa mewujudkan inflasi. Fahaman ekonomi yang di pelopor oleh Laffer ini mengurangkan kadar pengangguran, dan ini bertentangan dengan ekonomi sebelah permintaan yang dipelopori oleh Keynes. |
economic goods | barang ekonomi | Ekonomi | Tiada | Barang yang ada permintaan, mempunyai harga, berciri penawaran yang terhad, dan melibatkan proses pengeluaran. Misalnya, kereta dan pakaian yang diproses untuk kegunaan awam. Barang-barang seperti udara dan sinaran matahari tidak dikira barang ekonomi. |
land economics | ekonomi tanah | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang berkaitan dengan permintaan dan penawaran tanah, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti hak milik, sewa, pemecahan, dan penggunaan tanah. |
labour economics | ekonomi buruh | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang mengkaji pasaran buruh seperti permintaan dan penawaran buruh, kecekapan buruh, upah, pergerakan pekerja, diskriminasi pekerjaan, dan masalah pengangguran. Cabang ekonomi ini lebih kerap menggunakan teori mikroekonomi. |
macro-economic model | model ekonomi makro | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu model pertumbuhan ekonomi yang berorientasikan penawaran. la cuba menjelaskan output wilayah dalam bentuk faktor-faktor wilayah tertentu dan setiap satunya boleh dianalisis secara berasingan. |
monetary authority | autoriti kewangan | Ekonomi | Tiada | Agensi yang fungsi utamanya telah menggubal dan melaksanakan dasar kewangan melalui kawalan terhadap penawaran wang atau kadar bunga. Antara fungsi lain autoriti tersebut ialah mencetak wang, menjadi penasihat kewangan kepada kerajaan, dan menguruskan hutang negara. Lihat juga dasar kewangan. |
deflation | deflasi | Ekonomi | Tiada | Keadaan apabila tingkat harga umum jatuh secara berterusan untuk beberapa waktu. Deflasi biasanya dikaitkan dengan penguncupan penawaran wang dan kredit, dan selalunya terjadi semasa penguncupan ekonomi. |