Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.lo.nan] | ڤنچالونن

Definisi : perihal atau perbuatan men­calonkan, pengemukaan nama seseorang sbg calon: Yang di-Pertuan Agong boleh dipilih semula dgn syarat semua Raja Melayu yg lain menolak ~ utk jawatan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ca.lo.nan] | ڤنچالونن

Definisi : perbuatan atau hal mencalonkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencalonan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nominationpencalonanSains PolitikPolitik PerbandinganProses menamakan seseorang untuk bertanding dalam pilihan raya atau wakil kepada sesuatu kelompok. Calon yang dipilih akan mewakili kelompok tersebut bersaing dalam pilihan raya yang bakal dibuat. Proses ini boleh berlaku sama ada dengan mencadangkan nama calon dan diikuti dengan sokongan atau dengan menggunakan kertas undi secara sulit. Contohnya, dalam pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO, bahagian-bahagian UMNO akan menamakan calon masing-masing.
nominating conventionkonvensyen pencalonanSains PolitikPolitik PerbandinganPerhimpunan khas yang diadakan oleh sesebuah pertubuhan untuk memilih calon bagi jawatan penting. Perhimpunan ini boleh diadakan secara tahunan atau berkala. Bagi pertubuhan yang bersifat parti politik, konvensyen ini diadakan untuk memilih calon menjelang pilihan raya. Konvensyen seperti ini terpaksa diadakan kerana terlalu ramai calon atau ahli berhasrat bertanding bagi mewakili parti tersebut. Contohnya, Konvensyen Pemilihan Calon Parti Republikan Amerika Syarikat diadakan empat tahun sekali untuk memilih calon bagi bertanding kerusi presiden.

Kembali ke atas