Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cer.na.an] | ڤنچرناءن

Definisi : proses mencernakan (makanan dlm perut), penghadaman: soal ~ makanan dapat diatasi dgn pertolongan ubat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cer.na.an] | ڤنچرناءن

Definisi : 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencernaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digestionpencernaanHerbaTiadaProses maserasi yang dilakukan pada suhu 40�C � 50�C bagi mempercepat pengekstrakan bahan herba. Penggunaan suhu yang terlalu tinggi akan menggugat kestabilan komponen kimia.
digestionpencernaanKimiaKimia AnalisisPemusnahan bahan umpamanya sampel biologi oleh bahan kimia seperti asid sulfurik pekat. Biasanya pemanasan digunakan untuk membantu proses ini.
prebioticprebiotikMakanan dan PemakananTiadaKarbohidrat yang tidak boleh dihadam oleh badan serta bertindak sebagai makanan kepada bakteria usus dan menggalakkan pertumbuhannya dalam saluran pencernaan. Bahan ini boleh memberi manfaat kepada keseimbangan mikrob yang baik, dan boleh meningkatkan penyerapan dan penggunaan nutrien oleh usus. Prebiotik boleh mengekalkan sistem pencernaan yang baik. Contoh prebiotik ialah inulin, pektin, beta-glukan dan oligosakarida.
dyspepsiadispepsiaHerbaFitoterapiKesukaran pencernaan yang dicirikan oleh rasa ketakselesaan di abdomen seperti kembung, loya dan sendawa.
colitiskolitisHerbaFitoterapiSejenis penyakit berkaitan pencernaan kronik yang dicirikan oleh radang pada lapisan di dalam kolon. Kolitis disebabkan oleh jangkitan kuman, ulser, keracunan makanan, bengkak usus atau aliran darah yang tidak lancar.
phagocytosisfagositosisKejururawatanTiadaProses penelanan dan pencernaan bakteria dan kumin-kumin asing oleh fagosit.
eupepticeupeptikHerbaFitoterapiKeadaan persekitaran kondusif atau bahan yang berupaya menyebabkan pencernaan yang baik.
flatulencekembungHerbaFitoterapiKewujudan angin atau gas yang berlebihan di dalam sistem pencernaan yang mengakibatkan ketegangan dan ketakselesaan di bahagian perut.
chylomicronkilomikronBiologiTiadaJuzuk lemak yang sangat kecil dan jumlahnya sangat banyak semasa pencernaan lemak berlaku.
offalofalPerikananAkuakulturBahan asas yang merangkumi semua organ dalaman dan lemak haiwan seperti organ pernafasan, pencernaan, pembiakan dan perkumuhan. Bahan asas ini dijadikan tepung ofal bagi penyediaan makanan rumusan ikan.
12

Kembali ke atas