Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ro.bo.han] | ڤنچروبوهن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ro.bo.han] | ڤنچروبوهن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Me­lihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencerobohan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
instrusion detection system (IDS)sistem pengesanan pencerobohan (IDS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang mengesan pencerobohan atau penggunaan terlarang ke atas aset sistem komputer. Perisian ini mengesan penyimpanan daripada penggunaan biasa, iaitu IDS berasaskan perilaku atau persamaan kepada ciri yang menunjukkan pencerobohan, iaitu IDS berasaskan pengetahuan. Sistem ini mampu mengelakkan pendedahan aset komputer dalam keadaan apabila maklumat pengenalan pengguna telah dicuri dan dipintas oleh penceroboh.
Zoombombingpencerobohan ZoomTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaPencerobohan dengan niat mengganggu, kebiasaannya oleh golongan hasut maya di Internet terhadap panggilan persidangan video Zoom.
intrusion prevention systemsistem penghalang pencerobohanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem yang mengambil tindakan menyerang bertujuan untuk menghalang penggunaan yang boleh membawa kepada pencerobohan terhadap sistem komputer.
robin hood syndromesindrom robin hoodTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa aktiviti serangan dan pencerobohan pada komputer milik pengguna individu adalah salah. Sebaliknya, aktiviti serangan dan pencerobohan pada komputer milik organisasi besar adalah dibenarkan.
Zoombombingpencerobohan ZoomTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
trespasspencerobohanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
ecosystem invasionpencerobohan ekosistemPertanian OrganikTanaman Makanan-
tripwiretripwayarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian pengesanan pencerobohan peringkat hos yang merekod dan memberi amaran kepada sistem pengendalian atau pemilik sistem apabila percubaan untuk mencapai, mengubah suai, melancar, atau membatalkan sesuatu fail atau direktori tertentu yang sedang dipantau, dilakukan oleh pengguna.
hacking runset penggodamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSesi pencerobohan dan penggodaman yang dilakukan ke atas sesebuah sasaran atau beberapa sasaran yang berterusan untuk suatu tempoh yang lebih lama dari tempoh penggodaman biasa.
penetration testingujian penembusanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah menguji kekukuhan mekanisme keselamatan sistem komputer dengan membuat pencerobohan yang terancang. Matlamat pengujian ini adalah untuk mencari kelemahan yang tidak dijangka pada prasarana sistem komputer. Pihak yang menjalankan ujian akan memaklumkan kaedah serangan atau penggodaman yang digunakan dan juga hasil yang diperoleh kepada pemilik sistem. Penyerang dianggap akan menggunakan semua pengendalian sistem dan mempunyai capaian ke semua dokumentasi sistem termasuk, reka bentuk, kod atur cara atau skema sistem. Penilai akan mengenakan kawalan dan perlindungan seperti yang biasanya diamalkan untuk mengawal pengguna lain. Sekiranya kelemahan sistem keselamatan ditemui, maka langkah pembaikan akan diambil untuk menyelesaikannya.
123

Kembali ke atas