formulaic verbal theory | teori formulaik lisan | Kesusasteraan | Tiada | Teori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita |
prototyping | pemprototaipan | Teknologi Maklumat | Perisian | Penciptaan suatu model dan semua aspek simulasi suatu produk. Dalam penciptaan ini, alat CASE digunakan untuk menyokong pelbagai bentuk pemprototaipan. Oleh itu, pengguna akhir boleh memberi komen penambahbaikan dari aspek antara muka pengguna dan struktur dokumentasi sebelum kod dijana. |
terminus a quo | batas mula | Kesusasteraan | Tiada | Batas permulaan penciptaan sesebuah karya. Contoh: tahun 1335 adalah batas mula penciptaan cerita Panji. |
misprision | silap tanggap | Kesusasteraan | Tiada | Salah bacaan atau salah fahaman. Kesilapan ini sebenarnya taktik defensif yang diamalkan penyair apabila mencipta puisinya sebagai reaksi menentang kehebatan penciptaan puisi penyair yang terdahulu daripadanya. Langkah ini dianggap perlu dalam pembaharuan proses penciptaan karya, khususnya puisi. Justeru, pembaca digalakkan mengiterpretasikan puisi dengan cara ini. Istilah ini dicipta oleh Harold Bloom dalam bukunya bertajuk Anxiety of Influence. |
coinage | penciptaan | Linguistik | Tiada | Tiada |
atom creation | penciptaan atom | Fizik | Tiada | Tiada |
credit creation | penciptaan kredit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
demand creation | penciptaan permintaan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
value invention | penciptaan nilai | Sains Politik | Tiada | Tiada |
reinventing government | penciptaan semula kerajaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu projek dalam pembaharuan pentadbiran yang membawa pendekatan baru yang lebih mengutamakan unsur-unsur keusahawanan, kecekapan dan keberkesanan. Konsep ini telah dikemukakan oleh David Osborne dan Ted Gaebler yang menekankan kepada pentadbiran kerajaan baru yang boleh diadaptasi dan kemudian mendapat sambutan dan kepercayaan rakyat. Kerajaan baru ini mestilah berupaya menjadi sebuah kerajaan yang berkualiti tinggi, dapat menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan, memberikan lebih insentif berbanding arahan kepada pekerja, lebih peka kepada persekitaran dan yang lebih utama ialah membentuk sikap keusahawanan dalam pentadbiran. Konsep ini menolak model pentadbiran konvensional yang memberi penekanan kepada hierarki kerja. Perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan baru ini adalah dengan memberikan kuasa kepada komuniti untuk menjalankan sesuatu program, berpandukan misi dan bukannya peraturan, menggalakkan persaingan dan bukannya monopoli, melaksanakan desentralisasi kuasa, mengurangk |