ignition system | sistem pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem elektrik kereta yang terdiri daripada bateri, gelung pencucuh, pengagih pencucuh, suis pencucuh, dawai penyambung, dan palam pencucuh. |
secondary circuit | litar sekunder | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Litar dalam sistem pencucuh yang bermula dari gelung sekunder, gelung pencucuh, pengagih pencucuh, kabel tekanan tinggi hingga ke palam pencucuh. |
spark plug heat range | julat haba palam pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jarak dari gelang pengedap hingga hujung penebat, iaitu panjang bahagian hidung penebat dalam pencucuh, yang menentukan julat haba pada palam pencucuh. |
ignition coil | gelung pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Komponen dalam sistem pencucuh yang berfungsi untuk meningkatkan voltan bateri. |
crossfire | nyala silang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan akibat pusuan voltan tinggi dalam litar pencucuhan sekunder yang melompat ke kabel palam pencucuh bervoltan tinggi yang salah, menyebabkan palam pencucuh yang berlainan mengeluarkan bunga api. Nyala silang berlaku akibat kesilapan ketika memasang kabel palam pencucuh, penebat kabel yang rosak, merekah serta kerosakan pada tukup pengagih atau rotor pengagih. Nyala silang mengurangkan kuasa enjin kerana terdapat silinder enjin yang tidak mengalami proses pembakaran. |
spark line | garis pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Corak yang dipaparkan di atas osiloskop dari litar sekunder pencucuh yang menunjukkan voltan diperlukan untuk mengawal nyalaan. |
firing line | garis nyalaan pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Garis yang dipaparkan di atas layar osiloskop, yang menunjukkan masa palam pencucuh mula menghasilkan bunga api. |
steering and ignition lock | kunci stereng dan pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk mengunci kunci pencucuh dan bahagian stereng supaya tidak dapat dipulas apabila diletakkan pada kedudukan mati. |
distributor | pengagih | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Komponen dalam sistem pencucuh yang mengagihkan voltan tinggi ke palam pencucuh. |
preignition | prapencucuhan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pencucuhan campuran bahan api di dalam kebuk pembakaran yang disebabkan selain palam pencucuh. Proses ini berlaku dalam lejang aruhan sebelum palam pencucuh mengeluarkan bunga api. Keadaan ini disebabkan oleh kewujudan titik-titik panas akibat daripada bucu tajam dalam kebuk pembakaran atau tokokan karbon dalam kebuk pembakaran. Bagi enjin petrol, keadaan ini juga boleh terjadi sekiranya palam pencucuh mempunyai julat haba yang terlebih panas. |