Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cu.cu.han] | ڤنچوچوهن

Definisi : perihal (perbuatan, proses dsb) mencucuh atau mencucuhkan: sistem ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cu.cu.han] | ڤنچوچوهن

Definisi : perbuatan, hal dsb mencucuh atau mencucuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencucuhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
high-energy ignition (HEI)pencucuhan tenaga tinggiKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pencucuhan elektronik yang berupaya untuk menjana voltan sekunder setinggi 35 000 volt atau lebih. Sistem ini menggantikan pencucuhan titik sentuhan dan membolehkan penggunaan palam pencucuh yang mempunyai celahan yang lebih lebar dan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan pancaran ekzos lebih rendah. Singkatan HEI.
spark ignitionpencucuhan bunga apiKejuruteraan AutomotifEnjinProses pencucuhan bahan api untuk memulakan pembakaran campuran udara-bahan api termampat semasa lejang mampatan yang dimulakan oleh bunga api dari palam pencucuh. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin gasolin. Singkatan SI.
detonationletusanKejuruteraan AutomotifEnjinLetupan kedua dalam kebuk pembakaran yang tidak terkawal dalam enjin pencucuhan bunga api. Semasa pencucuhan, sebahagian campuran udara-bahan api dibakar oleh palam pencucuh menyebabkan campuran yang belum terbakar men- galami kenaikan tekanan. Suhu akibat proses mampatan omboh menyebabkan wujud nyalaan kedua yang spontan. Nyalaan ini bergerak pada arah yang bertentangan dengan nyalaan pertama dan pertembungan kedua-dua nyalaan ini menghasilkan letupan, menyebabkan enjin bergetar. Fenomena ini boleh dikurangkan atau dielakkan dengan penggunaan bahan api berplumbum atau bahan api tanpa plumbum bernombor oktana tinggi seperti oktana 97.
diesellingpendieselanKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan enjin pencucuhan bunga api yang menggunakan bahan api gasolin dengan sistem karburetor yang terus beroperasi walaupun sistem pencucuhan telah dimatikan. Pendieselan berlaku disebabkan wujudnya mendakan karbon yang membentuk titik-titik panas yang masih membara dalam kebuk pembakaran. Haba yang terhasil oleh mendakan ini cukup untuk berfungsi sebagai unsur pencucuhan.
direct ignition systemsistem pencucuhan terusKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pencucuhan yang menghantar denyutan voltan tinggi terus ke palam bunga api. Penghantaran voltan ini dikawal oleh pemodulat. Sistem ini tidak menggunakan pengagih seperti pada sistem konvensional.
preignitionprapencucuhanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPencucuhan campuran udara-bahan api yang berlaku lebih awal di dalam kebuk pembakaran, sebelum berlakunya pencucuhan bunga api sebenar pada palam pencucuh.
compression ignition engineenjin pencucuhan mampatanKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin yang menggunakan haba yang dijanakan daripada proses mampatan udara semasa lejang mampatan, untuk memulakan pembakaran. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin diesel.
spark ignition engineenjin pencucuhan bunga apiKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin yang menggunakan palam pencucuh untuk memulakan pembakaran campuran udara-bahan api termampat semasa lejang mampatan. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin gasolin.
Nox control modulemodul kawalan NoxKejuruteraan AutomotifEnjinKawalan pencucuhan elektronik yang dipasang pada kenderaan dengan kawalan enjin. Tujuannya untuk mengubah suai ciri pe masaan pencucuhan enjin bagi mengurangkan pancaran Nox.
knock sensorpenderia ketukanKejuruteraan AutomotifEnjinPenderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir.
1234

Kembali ke atas