Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cu.li.kan]/[pen.cu.li/.kan] | ڤنچوليقن

Definisi : perihal atau perbuatan men­culik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cu.li.kan]/[pen.cu.li/.kan] | ڤنچوليقن

Definisi : perbuatan menculik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penculikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fake abductionpenculikan palsuKriminologiKeadilan JenayahPenculikan yang tidak dilakukan oleh orang lain tetapi dirancang sendiri oleh mangsa untuk tujuan tertentu seperti untuk mendapatkan wang tebusan.
kidnappingpenculikanKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan melibatkan perbuatan melarikan mangsa tanpa kerelaannya. Dari sudut undang-undang jenayah, perbuatan ini termasuklah mengambil atau mengumpan remaja yang berumur antara 14 hingga 16 tahun atau orang yang tidak waras daripada penjaga tanpa kerelaan penjaga tersebut. Kebiasaannya, tindakan ini bertujuan untuk mendapatkan tebusan.
child abductionpenculikan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan kanak-kanak dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu.
kidnapping coverageperlindungan penculikaninsuransTiadaPerlindungan terhadap seseorang yang diculik di luar perkarangan yang diinsuranskan dan dipaksa kembali dan membuka bangunan tersebut atau membuka peti besi yang terdapat di dalamnya atau memberi maklumat yang membolehkan penculik tersebut berbuat demikian. Perlindungan ini juga ditawarkan di bawah polisi jenayah seperti insurans kecurian stok terbuka merkantil atau polisi komprehensif 3-K.
child abduction-murderpenculikan kanak-kanak-bunuhKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan kanak-kanak dengan cara pujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian tersebut.
abductionpemelarianKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan orang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Sinonim penculikan.
Macau scampenipuan MacauKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kewangan yang melibatkan penipuan dengan menggunakan telekomunikasi yang dimulakan oleh sindiket di Macau. Contoh penipuan Macau ialah panggilan telefon kepada pemenang bertuah, membuat tuntutan penculikan, penyamaran sindiket sebagai anggota polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank yang lain.
human traffickingpemerdagangan manusiaKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau aktiviti eksploitasi manusia yang melanggar hak asasi, bertujuan untuk mengaut keuntungan ekonomi. Tindakan ini melibatkan perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang. Langkah-langkah eksploitasi yang dilakukan termasuklah menggunakan ancaman, kekerasan atau bentuk-bentuk paksaan yang lain seperti penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan. Mangsa juga mungkin dilibatkan atau diperdayakan dengan bentuk pemberian, bayaran atau habuan-habuan lain. Bentuk eksploitasi lain termasuklah eksploitasi seksual, buruh paksa, perhambaan dan penuaian organ.
insurgentpemberontakSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang melancarkan penentangan secara kekerasan dan di luar batas undang-undang terhadap autoriti atau kerajaan yang sah. Tindakan ini biasanya mendapat sokongan daripada kelompok lain yang berkongsi kepentingan atau sentimen yang sama. Tindakan ini dilakukan untuk mendapat kuasa politik atau kerana sesuatu ideologi, faktor perkauman atau sokongan daripada kuasa luar. Secara tidak langsung, pemberontakan ini boleh membahayakan kedudukan pemerintah, keselamatan awam dan negara. Contohnya, kumpulan Abu Sayaf yang bergerak di Selatan Filipina yang sering melakukan penculikan dan pembunuhan.

Kembali ke atas