Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.daf.ta.ran] | ڤندفترن

Definisi : perihal mendaftarkan, tin­dak­an atau urusan dsb mencatatkan (merakam­kan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kera­jaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.daf.ta.ran] | ڤندفترن

Definisi : perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendaftaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificate of registrationsijil pendaftaranHerbaPeraturan dan PemasaranSijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pendaftaran produk herba dengan syarat-syarat tertentu. Sijil ini perlu diperbaharui setiap lima tahun. Sijil pendaftaran ini mengandungi maklumat nama pemegang dan nombor pendaftaran produk. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) merupakan pihak berkuasa yang mengeluarkan sijil pendaftaran bagi produk herba.
product registration terminationpenamatan pendaftaran produkHerbaPeraturan dan PemasaranPemberhentian kebenaran untuk menjual produk herba di pasaran. Pemegang pendaftaran produk perlu memulangkan semula sijil pendaftaran produk kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Nombor pendaftaran produk yang telah ditamatkan tidak boleh digunakan semula dan produk tersebut tidak boleh dipasarkan di Malaysia.
product registration numbernombor pendaftaran produkHerbaPeraturan dan PemasaranNombor yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menyatakan sesuatu produk herba boleh dijual. Nombor pendaftaran bagi setiap produk adalah unik. Nombor pendaftaran produk dimulakan dengan huruf ’MAL' yang diikuti dengan 8 angka, dan diakhiri dengan kod produk. Contoh nombor pendaftaran MAL12345678T. Kod produk adalah seperti yang berikut: A: Ubat terkawal (Ubat preskripsi), X: Ubat terkawal tanpa preskripsi, T: Ubat tradisional dan N: Tambahan kesihatan.
cancellation of registrationpembatalan pendaftaranHerbaPeraturan dan PemasaranArahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan pendaftaran produk yang telah diberikan kepada syarikat sekiranya didapati terdapat kecacatan pada kualiti, keselamatan, keberkesanan atau kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran. Produk yang dibatalkan pendaftarannya tidak boleh diimport, dikilang, dijual, dibekal, diguna atau dimiliki. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan.
drug registration systemsistem pendaftaran ubatHerbaPeraturan dan PemasaranProsedur untuk mendaftarkan ubat berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Di Malaysia, sistem pendaftaran ubat farmaseutikal, tambahan kesihatan, produk tradisional dan peranti perubatan dinyatakan secara terperinci dalam Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD).
existing product registration holderpemegang pendaftaran produk sedia adaHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat atau perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan merupakan pengguna sistem pendaftaran produk dan perlesenan (QUEST) yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pemegang pendaftaran produk sedia ada diberi kuasa untuk memasarkan produk berdaftar di Malaysia.
self registeringpendaftaran sendiriPelanconganTiadaPendaftaran masuk yang dibuat oleh pelanggan secara dalam talian atau kios, sama ada di hotel atau lapangan terbang. Sinonim self check-in.
endangered botanical speciesspesies tumbuhan terancamHerbaPeraturan dan PemasaranSpesies tumbuhan yang hampir pupus disebabkan oleh faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk mengisytiharkan sumber ramuan herba yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh dari Jabatan Pertanian.
endangered animal speciesspesies hidupan liar terancamHerbaPeraturan dan PemasaranSpesies hidupan liar yang hampir pupus disebabkan faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk memastikan formulasi yang mengandungi suatu bahagian atau bahan terbitan daripada spesies hidupan liar perlu mematuhi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
product registration holderpemegang pendaftaran produkHerbaPeraturan dan PemasaranEntiti sah yang mendapat kebenaran untuk memasarkan produk farmaseutikal dan herba. Pemegang pendaftaran produk herba bertanggungjawab terhadap semua aspek kualiti dan keselamatan produk serta pematuhan syarat-syarat pemasaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sinonim pemegang kebenaran pemasaran.
123456

Kembali ke atas