Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : /péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: AMN ialah ~ Ahli Mangku Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shortpendek; singkat; kayu gergaji pendekPerhutananTiadaTiada
short-title systemsistem judul pendek-TiadaSistem rujukan silang dalam teks yang menyatakan judul pendek sesuatu sumber.
short short storycerpen pendekKesusasteraanTiadaCerita ringkas yang jumlah perkataannya kurang daripada cerpen biasa. Cerpen pendek juga dikenali sebagai cerpen mini.
short storycerpenKesusasteraanTiadaCerita pendek yang berasal daripada akronim frasa cerita pendek.
short rate premiumpremium kadar pendekinsuransTiadaPremium untuk sesuatu polisi yang dikeluarkan bagi tempoh yang lebih pendek daripada biasa.
cabalettacabalettaMuzikTiada1. Muzik tarian yang pendek, melodi dan corak ritmanya tidak kompleks. 1. Aria pendek dan ringkas. 2. Lagu dalam bentuk rondo. 3. Rangkap ulang dalam lagu.
epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
sketchsketsaKesusasteraanTiadaKarangan pendek dalam bentuk dramatik, naratif, atau deskriptif. Dalam teater, sketsa merujuk kepada persembahan drama berbentuk komedi yang ringkas tetapi utuh kendiri. Contohnya, lakonan pendek yang dipersembahkan sebagai pembuka tirai. Dalam bentuk prosa naratif, sketsa bersifat lebih ringan daripada cerpen, dengan plot dan watak yang kurang berkembang. Sketsa juga boleh menjadi suatu pemerian ringkas tentang manusia atau tempat, seperti yang sering ditemui dalam akhbar, majalah, atau media lain. Antara contoh sketsa ialah karya tentang kempen antimerokok, kemerdekaan, atau bumi hijau.
short bonetulang pendekSains SukanBiomekanikStruktur tulang yang berbentuk seperti kiub dan terdapat di bahagian pergelangan tangan dan kaki. Tulang ini tidak mempunyai rongga sumsum tetapi bahagian dalamnya terdiri daripada bahan berspan. Tulang pendek berfungsi dalam pelbagai pergerakan dan penyerapan hentakan kaki.
dittyditiKesusasteraanTiadaSejenis puisi yang dicipta untuk dilagukan atau dinyanyikan. Puisi ini biasanya pendek, mudah dan ringkas. Diti sering dikaitkan dengan jenis puisi pendek dalam pelbagai bentuk termasuklah bentuk balada. Contohnya, karya Taufiq Ismail berjudul Mengakar ke Bumi Menggapai Ke Langit: Taufiq Ismail Himpunan Lirik Lagu 1972 � 2008. Diti dikatakan hampir menyerupai jingel. Lihat juga balada, jingel
12345678910...

Kembali ke atas