Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.ka.tan] | ڤندکتن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) men­de­kati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.ka.tan] | ڤندکتن

Definisi : 1 perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2 cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendekatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pluralismpluralismeKesusasteraanTiadaKonsep amalan yang memanfaatkan pendekatan yang pelbagai. Pemajmukan pendekatan ini bertolak daripada pandangan umum yang menganggap bahawa tiada teori yang dapat memberi semua jawapan, justeru pengkritik memerlukan gabungan pelbagai pendekatan. Konsep pemajmukan ini digunakan dalam sebarang disiplin teori seperti dalam ilmu linguistik kritikan kesusasteraan. Menurut Leech dan Short, pendekatan pemajmukan merupakan suatu kompromi kepada pandangan yang mengutamakan penggunaan satu teori sahaja.
behaviouralismbehaviouralismeSains PolitikPolitik PerbandinganPendekatan yang menjelaskan persoalan fakta dalam sesuatu analisis politik. Menurut pendekatan ini, sesuatu kajian atau analisis politik perlu mengambil kira faktor ekonomi, sosial dan psikologi. Pendekatan ini cuba memahami politik dengan melihat perkaitan antara elemen tingkah laku masyarakat seperti sikap, kepercayaan, nilai, norma dan adat dengan aspek politik seperti pilihan raya, parti politik, penyertaan politik kumpulan pendesak, revolusi dan sebagainya. Pendekatan ini juga tidak melihat politik hanya bersifat keinstitusian seperti parlimen, kerajaan, legislatif, kehakiman dan pentadbiran awam. Dalam konteks ilmu politik, pendekatan ini muncul kesan daripada reaksi intelektual untuk menjadikan disiplin politik lebih bersifat holistik dan saintifik. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Charles E. Merriam dari Universiti Chicago pada tahun 1940-an dan kemudiannya dikembangkan oleh anak murid beliau antaranya V.O. Key, David B. Truman, Herbert Simon dan Gabriel Almond yang lebih popular dikenali sebagai "Chicago School of Thought". Sinonim faham tingkah laku.
profit maximisation approachpendekatan memaksimum keuntunganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPendekatan peletakan industri yang menyeimbangkan pendekatan kos terendah dan analisis kawasan pasaran.
whole-of-government approachpendekatan menyeluruh kerajaanUmumTiadaPendekatan bersepadu yang memerlukan agensi kerajaan bekerja merentasi sempadan portfolio serta merentasi peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Pendekatan ini dilaksanakan bagi memastikan isu-isu tertentu ditangani dengan mengutamakan rakyat sebagai pelanggan.
postmodern criminologykriminologi pascamodenKriminologiKeadilan JenayahPendekatan dalam kriminologi yang bersifat pluralisme yang memperakui kepelbagaian huraian tentang punca jenayah. Pendekatan ini menyatakan bahawa tidak wujud hanya satu huraian yang dominan. Pendekatan ini terbuka kepada faktor-faktor luaran yang secara tradisional tidak dianggap menjadi teori jenayah seperti faktor ekonomi, politik dan lain-lain.
ecological approachpendekatan ekologiSains SukanBiomekanikPendekatan kawalan pergerakan yang mengemukakan idea bahawa sistem motor biologi berfungsi seperti suatu sistem mekanikal yang berinteraksi dengan persekitarannya.
information processing approachpendekatan pemprosesan maklumatSains SukanBiomekanikPendekatan kawalan pergerakan yang menyatakan bahawa segala pemprosesan yang terlibat dengan penghasilan pergerakan dikawal oleh bahagian otak manusia.
least cost approachpendekatan kos terendahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPendekatan peletakan industri yang menekankan peminimuman faktor kos.
social class theoryteori kelas sosialSains PolitikPolitik PerbandinganPendekatan yang melihat masyarakat sebagai berstrata yang dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi, sosial dan politik. Pendekatan ini dipopularkan oleh Hobbes, Locke, Rousseau, Weber dan Marx. Namun begitu, teori yang diutarakan oleh Karl Marx mendapat perhatian yang serius. Marx melihat masyarakat industri terbahagi kepada dua kelas utama iaitu kelas kapitalis dan buruh. Kelas kapitalis memiliki alat pengeluaran seperti modal, kilang, jentera, sumber alam dan sebagainya, manakala golongan buruh hanya memiliki tenaga kerja yang diperlukan oleh kapitalis. Kapitalis mengeksploitasi tenaga buruh untuk memaksimumkan keuntungan, sementara buruh tidak diberi pilihan melainkan bekerja dalam keadaan yang tertindas dan terpisah dengan alam sosialnya. Konflik menjadi unsur penting kepada perubahan masyarakat ini. Kesedaran kelas yang timbul di kalangan golongan pekerja akan mendorong berlakunya revolusi bagi menjatuhkan kelas atasan yang akhirnya akan memberi laluan kepada pembentukan negara komunis yang bersifat tanpa kelas.
blended learningpembelajaran teradunTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang menggabungkan interaksi bersemuka dengan aktiviti dalam talian yang aliran pembelajarannya saling melengkapi dan sebati. Gabungan adunan ini bergantung pada objektif pembelajaran, keperluan pelajar dan konteks pembelajarannya. Pendekatan ini juga dirujuk sebagai pembelajaran hibrid. Sinonim pembelajaran hibrid.
12345678910...

Kembali ke atas