Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.ngar] | ڤندڠر

Definisi : 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pen­dengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.ngar] | ڤندڠر

Definisi : 1 orang yg mendengar: ~ radio. 2 alat atau perkakas utk mendengar: Budak-budak yg cacat pendengarannya menggunakan alat ~ utk belajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendengar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
most comfortable loudnesslantang paling selesaSains KesihatanTiadaJulat keamatan bunyi, biasanya bunyi vokal, yang selesa didengar oleh seseorang pendengar.
figure of speechbunga bahasaKesusasteraanPuisiPenggunaan bahasa yang menyimpang daripada makna harfiahnya; kesan penggunaannya menimbulkan tanggapan gambaran tertentu dalam fikiran pembaca atau pendengar. Jenis-jenis bunga bahasa antaranya ialah simile, metafora, personifikasi, ironi dan hiperbola. Sinonim majas.
dysphemismdesfemismeKesusasteraanPuisiGaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar.
melancholysayuKesusasteraanPuisiNada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina.
lyric poetrypuisi lirikKesusasteraanPuisiPuisi yang sangat peribadi sifatnya. Apabila puisi lirik ini dibaca secara senyap atau dideklamasikan, kesannya akan menyentuh perasaan dan hati nurani pembaca atau pendengar. Contohnya, puisi "Berkolek Bersajak (i)"' dan "Berkolek Bersajak (ii)" dalam antologi Pengantin Laut karya J.M. Aziz.
rationalizationrasionalisasiSains PolitikPolitik PerbandinganPenjelasan pemikiran yang diterima akal, logik, berasaskan kepada hubungan sebab-musabab dan saintifik. Walau bagaimanapun, penjelasan ini tidak semestinya benar tetapi logik yang digunakan dapat diterima oleh fikiran pendengar. Penjelasan yang rasional ini kadangkala boleh bersifat negatif tetapi apabila dilahirkan secara munasabah, ia boleh mempengaruhi pemikiran seseorang. Ahli falsafah Immanuel Kant sering menggunakan rasionalisasi dalam penjelasannya berhubung dengan sesuatu perkara. Sinonim rasional.
meaning makingpengungkapan maknaUmumTiadaPentafsiran wacana dan unsur-unsurnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman lampau supaya jelas difahami. Antara unsur dalam wacana ialah seperti teratur dan tersusun rapi, kohesi, bertujuan, dan diterima oleh pembaca/pendengar.
perlocutionaryperlokusionariKesusasteraanTiadaAksi linguistik yang berlaku ketika ujaran yang mempunyai tujuan dan kesan antara perorangan dan sosial. Perlokusioneri dikaitkan dengan teori aksi pertuturan yang diperkenalkan oleh J.L. Austin (1961). Aksi pertuturan dibahagikan kepada tiga jenis: Pertama, aksi lokusionari iaitu aksi percakapan. Kedua, aksi ilokusionari, iaitu aksi yang dilakukan melalui percakapan. Ketiga, aksi perlokusionari, iaitu kesan percakapan menerusi aksi ilokusionari terhadap pendengar seperti rasa geli hati, takut, atau tertekan. Komunikasi bukan verbal seperti reaksi muka dan pergerakan badan juga mempunyai kuasa perlokusionari kerana mampu menimbulkan kesan rasa tertarik, bosan, atau menyakitkan hati. Dalam teori aksi pertuturan dan bidang disiplin lain, seperti pragmatik dan penekanan, perlokusionari biasanya melibatkan tujuan komunikasi atau kuasa ilokusionari komunikasi tersebut. Kesan perlokusionari percakapan pula kurang diberikan penekanan kerana orang yang bercakap biasanya tidak dapat mengawal kesan perlokusionari pendengar. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk menganalisis ayat dalam teks sastera.
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.
infrared systemsistem infra merahSains KesihatanTiadaIsyarat akustik yang diterima oleh mikrofon ditukar ke bentuk gelombang infra merah yang tersebar dalam suatu medan persekitaran, akan diterima, diperkuat, dan ditukar semula ke bentuk isyarat akustik oleh alat penerima yang dipakai oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran. Kekuatan isyarat yang diterima dapat diubah suai mengikut keselesaan pendengar.
12

Kembali ke atas