Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.ra.an] | ڤندراءن

Definisi : perbuatan mendera: kebanyakan kes ~ dikendalikan oleh jabatan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penderaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interpersonal violencekeganasan antara peroranganKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia yang meliputi penderaan fizikal, psikologi, seksual, ekonomi dan sosial. Contohnya, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, penderaan orang tua dan sebagainya. Sinonim keganasan interpersonal.
fatal child abusependeraan kanak-kanak mautKriminologiKeadilan JenayahPenderaan secara fizikal, psikologi dan seksual terhadap kanak-kanak yang mengakibatkan kematian kanak-kanak tersebut. Pada asalnya, tindakan pelaku bertujuan untuk menyebabkan kecederaan tetapi tindakan tersebut akhirnya menyebabkan kematian kepada mangsa.
child sexual abusependeraan seksual kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan agresif terhadap kanak-kanak dari segi seksual. Tindakan agresif atau penderaan ini boleh mengakibatkan kesan fizikal atau mengancam kesejahteraan psikologi kanak-kanak tersebut.
child abusependeraan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan agresif yang dilakukan terhadap kanak-kanak, sama ada dari segi fizikal, psikologi, lisan atau seksual. Tindakan ini termasuklah melakukan pelanggaran hak kanak-kanak, seperti pengurungan dan perhambaan. Penderaan kanak-kanak boleh mengakibatkan kesan fizikal atau mengancam kesejahteraan psikologi kanak-kanak tersebut.
child abusependeraan anakSosiologi KeluargaTiada-
child abusependeraan kanak-kanakKejururawatanTiadaPerbuatan yang kejam dan memudaratkan kanak-kanak.
non-contact sexual abusependeraan seksual tanpa sentuhKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan seksual yang dilakukan oleh seseorang terhadap mangsa dengan sengaja tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Perbuatan ini dilakukan dengan cara visual, lisan dan dalam talian dengan tujuan untuk mendapatkan kepuasan seksual. Contohnya, pengantunan seksual dalam talian, mendedahkan alat sulit, menunjukkan isyarat berunsur seksual dan menunjukkan gambar pornografi kepada mangsa.
spouse abuseaniaya pasanganKejururawatanTiadaPenderaan pasangan dengan tindakan kejam dan memudaratkan, yang salah di sisi undang-undang.
marital raperogol perkahwinanKriminologiKeadilan JenayahPenderaan seksual atau keganasan rumah tangga antara suami isteri yang melibatkan persetubuhan tanpa kerelaan pasangan yang menjadi mangsa.
molestcabulKriminologiKeadilan JenayahSentuhan, serangan atau penderaan secara fizikal yang dianggap keji dan melanggar adat kebiasaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa.
12

Kembali ke atas