Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.ria] | ڤندريا

Definisi : alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, sensor: cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.ria] | ڤندريا

Definisi : alat yg dpt mengesan atau mengukur perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb; sensor: Cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penderia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
knock sensorpenderia ketukanKejuruteraan AutomotifEnjinPenderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir.
bimetal temperature sensorpenderia suhu dwilogamKejuruteraan AutomotifEnjinPenderia yang terdiri daripada dua logam yang dilekatkan dan mempunyai kadar pengembangan haba yang berbeza. Pertambahan suhu menyebabkan logam mengalami pengembangan yang berbeza dan seterusnya menghasilkan bentuk melengkung. Pengurangan suhu pula menyebabkan logam kembali kepada keadaan asal. Proses ini menghasilkan operasi buka-tutup bergantung kepada suhu yang ditetapkan.
implantable sensorsensor boleh implanFizikNanoteknologiPeranti penderia yang dapat ditanam di dalam badan. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, penderia pendengaran yang dimasukkan ke dalam koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.
electronic engine control systemsistem kawalan enjin elektronikKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pengurusan dan kawalan enjin yang terdiri daripada modul kawalan elektronik, penderia, suis dan penggerak. Sistem ini menerima isyarat input dari pelbagai penderia lalu diproses oleh modul kawalan elektronik dan menghasilkan isyarat output. Isyarat ini seterusnya dihantar ke penggerak untuk mengawal sistem pencucuhan, sistem suntikan bahan api, sistem kawalan pancaran dan sebagainya.
manifold absolute pressure sensorpenderia tekanan mutlak pancaronggaKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang mengesan tekanan mutlak dalam pancarongga pengambilan dan menukarkannya kepada isyarat voltan yang berubah-ubah untuk dihantar ke modul kawalan enjin atau modul kawalan rangkaian kuasa. Peranti ini digunakan dalam sistem suntikan bahan api atau sistem enjin kawalan elektronik. Tekanan yang dibaca oleh penderia ini digunakan oleh modul kawalan enjin untuk mengawal kadar suntikan bahan api.
sensorpenderiaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat pengesan yang berubah mengikut perubahan suhu, tekanan atau pergerakan untuk mendapatkan isyarat elektrik.
ambient sensorpenderia ambienKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTermistor yang digunakan untuk mengesan suhu udara ambien.
oxygen sensorpenderia oksigenKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang dipasang pada paip ekzos untuk mengukur jumlah oksigen yang terkandung dalam gas ekzos. Seterusnya, maklumat yang diperoleh dihantar ke unit kawalan elektronik.
wear sensorpenderia hausKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang dipasang di dalam kasut brek atau angkup brek untuk mengesan kehausan pelapik brek.
oxygen sensorpenderia oksigenKejuruteraan AutomotifEnjinAlat pengesan dalam sistem ekzos yang menjana voltan yang berubah mengikut kandungan oksigen dalam gas ekzos. Perubahan isyarat voltan ini dihantar ke modul kawalan elektronik atau kawalan rangkaian kuasa untuk melaraskan nisbah udara-bahan api.
123

Kembali ke atas