categorical education | pengkategorian pendidikan | Pendidikan | Tiada | Pendidikan yang memberi keutamaan kepada pengurusan yang berkaitan dengan ketidakupayaan atau kecacatan. Contohnya, pendidikan khas. |
sidewalker | pengiring | Pendidikan | Pendidikan Khas | Individu yang bertanggungjawab terhadap penunggang kuda semasa sesi pembelajaran menunggang kuda. Pengiring akan berada di sisi penunggang untuk membantu sekiranya penunggang mempunyai masalah keseimbangan badan. |
horse leader | pengendali kuda | Pendidikan | Pendidikan Khas | Individu yang bertanggungjawab mengendalikan kuda sebelum, semasa, dan selepas sesi pembelajaran menunggang kuda. |
itinerant services | perkhidmatan bergerak | Pendidikan | Tiada | Perkhidmatan pendidikan atau terapi yang diberi oleh golongan profesional yang berkunjung dari satu pusat ke pusat pendidikan lain untuk membantu pelajar dalam kelas biasa atau pelajar istimewa. Contohnya rawatan fisioterapi bagi pelajar yang mempunyai masalah pergerakan, pertuturan dan kecacatan pendengaran. |
compensatory curriculum | kurikulum tambahan | Pendidikan | Tiada | Kurikulum yang direka bentuk untuk mengatasi kelemahan pendidikan bagi kumpulan tertentu seperti kumpulan minoriti, iaitu kumpulan sosioekonomi rendah. Kurikulum tersebut bersifat kurikulum percubaan atau tambahan dan bukan untuk perubahan pendidikan yang menyeluruh. |
educational technology | teknologi pendidikan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bidang kajian penggunaan teknologi semasa untuk memperbaik penyampaian pendidikan yang merangkumi semua aspek perekabentukan, pembangunan, pelaksanaan, pengurusan, pemantauan, dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran merupakan salah satu cabang dalam teknologi pendidikan. |
Smart School Qualification Standards (SSQS) | Standard Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) | Pendidikan | Tiada | Satu sistem penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). SSQS boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. |
open education (OE) | pendidikan terbuka (OE) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendidikan tanpa mengira latar belakang akademik, geografi dan kemudahan teknologi bagi tujuan berkongsi semua sumber, idea, pengetahuan, kaedah, platform, alat, pendekatan dan bahan dalam pembelajaran dan pengajaran secara percuma serta terbuka. OE merangkumi sumber, alat dan amalan yang bebas halangan perundangan, kewangan dan teknikal serta boleh diguna, dikongsi dan diadaptasi sepenuhnya dalam persekitaran digital. OE memaksimumkan kuasa Internet untuk menjadikan pendidikan lebih mampu, boleh capai dan berkesan. |
educational insurance | insurans pendidikan | insurans | Tiada | Insurans yang menyediakan dana untuk pendidikan seorang anak apabila pencari nafkah keluarga tersebut meninggal dunia. |
academic fraud | penipuan akademik | Pendidikan | Tiada | Suatu bentuk penipuan secara sengaja dalam bidang pendidikan seperti pemalsuan data, pengubahan dokumen akademik dan penyelewengan kajian penyelidikan. |