Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.do.rong] | ڤندوروڠ

Definisi : 1. (benda) yg mendorong (me­nyorong, menganjur, dll), penyorong, pe­nolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya ber­sungguh-sungguh mempelajari Bahasa Ke­bangsaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.do.rong] | ڤندوروڠ

Definisi : 1 benda yg mendorong (menyorong dll). 2 sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendorong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
propulsive firmsfirma pendorongPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaFirma yang terdapat di kutub pertumbuhan yang tergolong dalam industri utama yang menguasai unit- unit ekonomi yang lain.
kinship motivatorpenggerak pertalian keluargaPelanconganTiadaPendorong yang menggalakkan seseorang supaya saling mengunjungi saudara-mara dan mengenali antara satu sama lain untuk mengeratkan tali persaudaraan.
divine afflatusilham kudusKesusasteraanPuisiDesakan yang bersifat batiniah yang berfungsi sebagai pendorong kepada seseorang penyair untuk mencipta sesebuah puisi. Contohnya, isu tanah di Teluk Gong telah rnenjadi sumber ilham kepada beberapa orang penyair pada tahun 1960-an untuk menghasilkan puisi yang berkaitan dengan Teluk Gong dan masyarakatnya.
peasant societymasyarakat taniSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang bergantung kepada pertanian sama ada dengan bercucuk tanam atau menternak binatang. Mereka memiliki tanah yang kecil di Iuar bandar dan hidup susah dengan pendapatan yang kecil. Golongan tani yang menyewa tanah masih tergolong dalam masyarakat ini dan mereka turut diberi kebebasan untuk menjual sendiri hasil tani mereka. Masyarakat tani merupakan kelas bawahan yang turut tertindas dan tidak mempunyai kuasa politik. Dalam konteks pemikiran Marx, golongan ini dianggap tidak penting kerana beliau hanya melihat buruh sebagai pendorong kepada perubahan. Walau bagaimanapun Mao Tse Tung telah membuktikan bahawa petani juga boleh membawa perubahan sosial dan politik dengan melancarkan revolusi komunis di China.

Kembali ke atas