single punch | penebuk lubang satu | Komunikasi | Tiada | Tiada |
twist drill | gerudi piuh | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat penebuk lubang yang mempunyai alur heliks yang bersambung pada batang alat. Alur heliks berfungsi mengeluarkan serpihan bahan yang ditebuk dan menyalurkan minyak penyejuk ke kawasan pemotongan. Gerudi ini digunakan untuk menggerudi lubang pada logam, konkrit dan kayu. |
awl | penebuk | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang digunakan untuk membuat lubang pada kulit kayu, kulit binatang atau batu. Alat ini diperbuat daripada tulang binatang kayu atau buluh. Alatan tulang yang dijadikan sebagai penebuk lubang ditajamkan pada bahagian hujungnya manakala bahagian belakangnya dibuat tempat pemegang. Alat penebuk lubang daripada kayu atau buluh digunakan untuk menebuk lubang pada bahagian tengah gelang batu Zaman Neolitik. Caranya dengan memutar penebuk ke atas permukaan belang batu dengan menggunakan sedikit pasir. Alat ini ditemui di Gua Cha (Kelantan) manakala alat penebuk daripada tulang ditemui di Gua Niah (Sarawak ), Gua Bintong (Perlis) dan Gua Teluk Kelawar (Perak). |
bone tool | alatan tulang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang diperbuat daripada tulang untuk kegunaan seharian oleh masyarakat prasejarah. Di Malaysia, alat tulang yang biasa ditemui terdiri daripada tulang, gigi dan tanduk binatang seperti babi, gajah, badak sumbu, lembu liar, rusa, landak, tikus, tupai, monyet dan kura-kura. Antara alat tulang yang dihasilkan ialah pahat, cincin, penyepit, anak panah, manik, kapak, penebuk lubang, pengikis, pisau dan pemegang hulu. Antara tempat ditemui bahan ini ialah di Gua Niah (Sarawak), Gunung Bewah (Ulu Terengganu), Gua Kelawar (Sungai Siput), Gua Bintong (Perlis) dan Gua Kechil (Pahang). |
perforating wheel | roda penebuk | Kesenian | Tiada | Alat untuk menebuk lubang-lubang kecil pada kertas yang dilukis dalam proses memindahkan lukisan tersebut ke permukaan lain. |
perforated completion | pelengkapan tertebuk | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis pelengkapan telaga. Dalam pelengkapan ini, tetiub, selongsong pengeluaran dan/atau pelapik ditebuk bagi mewujudkan hubungan aliran yang lebih baik di antara lubang telaga dengan formasi produktif. Proses penebukan tersebut dilakukan dengan menggunakan penembak penebukan misalnya penebuk peluru, penebuk jet dan lain-lain. dengan demikian, daya pengeluaran formasi berkenaan boleh ditingkatkan. |
punch | tebuk, penebuk, tekan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Alat yang menolak logam ke dalam acuan untuk penyemperitan atau sebarang operasi yang seumpamanya.,2. Mesin yang mengandung alat yang menebuk lubang dengan mericihi keluar sekeping bahan yang bentuknya sepadan dengan garis luar penebuk itu.,3. Alat tangan yang diketuk dengan tukul untuk membuat tanda pada permukaan, atau untuk menyesar bahan. |
rubber dam punch | penebuk empangan getah | Pergigian | Tiada | Alat untuk membuat lubang pada empangan getah. Alat ini mempunyai anvil iaitu sejenis plat khas yang mempunyai lubang pelbagai saiz mengikut saiz gigi yang akan diasingkan. Lihat gambar. |
permeater | penelap | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis alat penebuk yang terdiri daripada sarung penelap, pam tekanan dan penyumbat. Alat ini dikimpalkan pada lubang yang terdapat pada selongsong, kemudian diturunkan bersama-sama selongsong ke dalam lubang telaga bagi mendapatkan perhubungan aliran antara lubang telaga dengan formasi. Perhubungan ini diperoleh dengan cara melarutkan penyumbat yang terdapat di dalam sarung penelap dengan menggunakan asid atau kaustik selepas simen di belakang selongsong mengeras. |
awl | penebuk; penggerek; penggarit | Sosiologi | Tiada | Alat bermata runcing dan tajam yang digunakan untuk menanda atau menebuk lubang kecil pada kayu, kulit dan sebagainya. |