incomplete penetration | penembusan tak lengkap | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lihat kurang penembusan. |
excess penetration | penembusan berlebihan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang disebabkan oleh lebihan penembusan logam kimpalan. |
lack of penetration (LOP) | kurang penembusan (LOP) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh kegagalan logam kimpalan untuk menembusi sambungan kimpalan. Sinonim penembusan tak lengkap. |
penetration | penembusan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
perforation | penembusan | Kejururawatan | Tiada | Pembentukan lubang pada suatu organ, tisu atau tiub. Ini mungkin terjadi akibat ulser duodenal, divertikulitis kolon atau kanser gaster. |
penetration signature | tandatangan penembusan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Maklumat mengenai keadaan sistem atau kumpulan syarat yang perlu dicapai dalam sistem komputer dan juga aktiviti yang berlaku dalam sistem yang boleh memberi petunjuk bahawa percubaan menceroboh sedang dijalankan. 2. Maklumat mengenai langkah yang diambil atau kaedah yang digunakan oleh pengguna hasad atau proses automasi sebagai modus operandi semasa menceroboh suatu sistem komputer. Maklumat ini boleh disertakan ke dalam perisian keselamatan seperti sistem pengesanan pencerobohan untuk mengenali tingkah laku yang mungkin boleh membawa kepada pencerobohan. |
penetration testing | ujian penembusan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah menguji kekukuhan mekanisme keselamatan sistem komputer dengan membuat pencerobohan yang terancang. Matlamat pengujian ini adalah untuk mencari kelemahan yang tidak dijangka pada prasarana sistem komputer. Pihak yang menjalankan ujian akan memaklumkan kaedah serangan atau penggodaman yang digunakan dan juga hasil yang diperoleh kepada pemilik sistem. Penyerang dianggap akan menggunakan semua pengendalian sistem dan mempunyai capaian ke semua dokumentasi sistem termasuk, reka bentuk, kod atur cara atau skema sistem. Penilai akan mengenakan kawalan dan perlindungan seperti yang biasanya diamalkan untuk mengawal pengguna lain. Sekiranya kelemahan sistem keselamatan ditemui, maka langkah pembaikan akan diambil untuk menyelesaikannya. |
penetration test | ujian penembusan | Buluh | Tiada | Ujian kualitatif secara visual untuk mengukur keberkesanan pengawetan buluh. |
title redemption annuity | anuiti penembusan hakmilik | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
photic zone | zon fotik | Sains Marin | Tiada | Bahagian atau zon paling atas lautan. Zon yang menerima penembusan cahaya matahari yang tinggi dan sebahagian besar proses fotosintesis berlaku di bahagian ini. Zon fotik juga merupakan kediaman bagi sebahagian besar hidupan laut (> 90%). Terdapat pelbagai ekosistem di zon ini seperti ekosistem rumput laut, ekosistem terumbu karang dan sebagainya. |