corporate strategy | strategi korporat | Pengurusan | Perancangan | Keputusan oleh pihak pengurusan atasan yang mencakupi keseluruhan skop dan hala tuju perniagaan untuk mencapai matlamat organisasi. Matlamat utama strategi korporat adalah untuk menyusun langkah jangka panjang bagi mengatasi pesaing. Contohnya, strategi korporat syarikat penerbangan X adalah membentuk budaya kerja syarikat yang mengutamakan penjimatan kos agar dapat terus menawarkan tambang yang lebih murah berbanding pesaing. |