agenda setting | penetapan agenda | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang disusun atur oleh pihak pentadbir atasan dalam melaksanakan program, projek atau aktiviti organisasi. Penetapan agenda merangkumi reka bentuk program, perincian matlamat, penilaian risiko, kerasionalan, strategi pelaksanaan dan jangkauan dapatan. Penetapan agenda melibatkan proses perancangan rapi agar program dan projek yang dilaksanakan tersebut dapat mencapai sasaran seterusnya mengurangkan risiko luar jangka. Dalam hal ehwal pentadbiran penetapan agenda merupakan satu perkara penting bagi menjamin misi dan objektif organisasi dapat dicapai dengan sempurna. |
ithbat milk | penetapan milik | Perniagaan Islam | Tiada | Penentuan milik yang diiktiraf sebagai hak individu atau entiti terhadap sesuatu harta, boleh bersifat pemilikan sempurna atau sebaliknya. Penetapan pemilikan sempurna adalah secara pembelian, penggantian, perniagaan serta pewarisan. Individu tersebut berhak menjual, melabur dan melakukan tabaruk. Manakala penetapan milik tidak sempurna pula ialah sewaan, pinjaman barang dan simpanan amanah. |
التوثيق | penetapan waktu | Agama Islam | Fiqh | Penetapan waktu bagi sesuatu ibadat tertentu. Contohnya, ibadat haji. |
registration | pendaftaran; penindihan tepat; penetapan cetak | Kesenian | Tiada | 4. Penetapan cetak: Penentuan cetakan dibuat mengikut tempat yang diingini. |
pin-fixation | penetapan pin | Pergigian | Tiada | Perihal menentukan tempat yang sesuai untuk meletakkan pin bagi mendapatkan pegangan restorasi. Penetapan ini dilakukan mengikut kontur dan morfologi gigi. |
ithbat hukm | penetapan hukum | Perniagaan Islam | Tiada | Penentuan hukum terhadap perbuatan atau perbualan individu, yang berkaitan dengan urusan sesama manusia atau Allah s.w.t. Penetapan hukum adalah wajib, haram, harus, sunat atau makruh berdasarkan dalil syarak, sama ada disepakati atau sebaliknya. |
tas‘ir | penetapan harga | Perniagaan Islam | Tiada | Penentuan harga barangan atau perkhidmatan bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak berdasarkan penawaran dan permintaan. Contohnya, pihak Bursa Malaysia mempunyai prosedur penetapan harga saham yang diniagakan. Apabila harga sesuatu saham syarikat meningkat dengan mendadak, melebihi suatu kadar yang telah ditentukan terlebih dahulu, maka urus niaga saham tersebut perlu ditangguhkan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kenaikan harga semata-mata berdasarkan spekulasi. |
trusted network interpretation | tafsiran rangkaian terpercaya | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penetapan ciri keselamatan khusus, keperluan jaminan keselamatan, dan struktur pengarasan yang perlu dicapai oleh rangkaian pengkomputeran selamat, Penetapan ini ditetapkan dalam Buku Merah terbitan NCSC. |
fixation | penetapan | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan individu untuk hanya bergantung pada satu kaedah penyelesaian masalah walaupun terdapat kaedah lain yang lebih baik. Keadaan ini berlaku kerana sikap yang sangat taksub terhadap sesuatu kaedah sehingga boleh mengekang dirinya untuk membuka pemikiran kepada alternatif yang lain. Satu contoh yang memperlihatkan fenomena ini adalah penetapan kefungsian. |
nitrogen fixation | penetapan nitrogen | Kimia | Tiada | Penukaran nitrogen yang terdapat dalam udara kepada sebatian bernitrogen melalui tindakan mikroorganisma tanah atau tindakan kilat. Mikroorganisma tanah, seperti Rhizobium yang terdapat di dalam akar kekacang, menukarkan nitrogen kepada garam nitrit dan nitrat, manakala kilat menukarkan nitrogen kepada nitrogen oksida yang larut di dalam air hujan untuk membentuk asid nitrus dan asid nitrik. Penetapan nitrogen juga boleh dilakukan secara industri melalui penggabungan kalsium karbida dengan nitrogen untuk menghasilkan ammonia. |