neutralization | peneutralan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat perkecualian. |
neutralization | peneutralan | Kimia | Kimia Analisis | Proses membentuk suatu larutan neutral melalui tindak balas di antara 1 mol ion hidrogen dengan ion hidroksida atau dalam keadaan kedua-dua ion ini dalam kadar yang sama. Hasilnya tidak semestinya garam dan air, tetapi sentiasa merupakan konjugat bes dan asid bergantung kepada jenis asid dan bes yang digunakan. |
neutralization ratio | nisbah peneutralan | Kimia | Kimia Analisis | Nisbah kepekatan anion suatu asid kepada kepekatan total asid tak terurai. |
depolarisation | penyahkutuban | Kejururawatan | Tiada | Proses peneutralan zarah-zarah bercas pada membran saraf atau sel otot. |
neutralized state | negara berkecuali | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang berubah pendiriannya kepada tidak lagi memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersaing. Sebelum ini, negara tersebut merupakan sebuah negara yang jelas memihak tetapi telah mengalami proses peneutralan yang mengubah dasarnya kepada tidak memihak atau berkecuali. Contohnya, Jordan dalam kes Perang Teluk tahun 2003, telah berubah menjadi berkecuali apabila negaranya dian cam oleh Amerika Syarikat jika memihak kepada Iraq. |
neutralization | perkecualian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan atau mengembalikan sifat tidak memihak kepada sesebuah negara, pertubuhan atau individu yang berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Proses ini berlaku sama ada secara paksaan, pembujukan atau sukarela. Contohnya, tindakan Dr. Chandra Muzaffar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan merupakan satu tindakan peneutralan sikap politik beliau. Sinonimpeneutralan. |