Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.duan] | ڤڠادوان

Definisi : 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.duan] | ڤڠادوان

Definisi : perbuatan (hal dsb) mengadu atau mengadukan: ~ tsb dibuat atas desakan teman-temannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaduan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
presenting complaintpengaduan terlaporPendidikanTiadaTiada
precise ground of complaintalasan pengaduan yang tepatUndang-undangTiadaTiada
رفع الدعوىbuat aduanAgama IslamFiqhMengemukakan pengaduan ke pihak pengadilan.
civil service restructuringpenstrukturan semula perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Proses penyusunan dan pengemaskinian struktur perkhidmatan awam yang sedia ada kepada satu struktur baru yang lebih cekap, efisyen, efektif dan terkini. Proses ini melibatkan penutupan beberapa agensi yang bertindih dan kurang cekap serta penyusunan semula beberapa agensi agar sesuai dengan fungsi dan objektif baru. Beberapa agensi baru telah ditubuhkan seperti Biro Pengaduan Awam (BPA), Ruangan Pendapat Pembaca di akhbar tempatan dan talian aduan yang memberi ruang kepada orang ramai untuk menyampaikan maklum balas, aduan, teguran dan cadangan. Di samping itu, beberapa kementerian dan jabatan baru telah ditubuhkan serta distrukturkan semula sesuai dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan integriti perkhidmatan awam.

ombudsmanombudsmanPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk mengendalikan sesuatu isu, masalah atau konflik yang dikemukakan oleh orang ramai terhadap perkhidmatan awam. Ombudsman akan menjalankan siasatan dan seterusnya membawa kes ke peringkat pengadilan. Kadang kala, ombudsman membuat keputusan dengan mengeluarkan arahan tertentu untuk menyelesaikan sesuatu isu secara dalaman. Individu yang dilantik terdiri daripada mereka yang berpengetahuan, golongan profesional dan pakar dalam sesuatu bidang tugas mengikut kepercayaan dan keperluan sesuatu perkara, isu atau konflik tersebut. Contohnya, Biro Pengaduan Awam yang memberi peluang kepda orang ramai untuk mengadu apabila mereka mempunyai masalah dengan kakitangan awam.

political workerpetugas politikSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang bekerja untuk sesuatu organisasi atau parti politik sama ada secara sukarela atau dengan mendapat bayaran untuk perkhidmatannya. Petugas ini ditempatkan di pejabat atau markas parti dan melaksanakan segala bentuk kerja perkeranian dan pentadbiran seperti surat-menyurat, penyimpanan fail, rekod serta perhubungan antara ahli politik. Dalam menghadapi pilihan raya, petugas ini akan melaksanakan kerja yang berkaitan dengan kempen, pendaftaran, penyebaran poster, manifesto dan sebagainya. Petugas ini mungkin tidak memahami sepenuhnya ideologi atau sejarah parti tetapi melakukannya sebagai satu pekerjaan. Contohnya, petugas politik di Biro Pengaduan MCA akan menyelesaikan pelbagai masalah orang ramai yang datang mengadu ke pejabat biro tersebut.

Kembali ke atas