Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.du.nan] | سأدونن

Definisi : proses atau perbuatan meng­adun atau mengadunkan sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.du.nan] | سأدونن

Definisi : perbuatan atau hal mengadun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengadunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blendingpengadunanHerbaTiadaProses menggabungkan bahan herba atau kelompok herba yang berlainan untuk menghasilkan bahan perantara atau produk akhir yang homogen. Contohnya, menggabungkan herba misai kucing dengan kacip fatimah atau menggabungkan herba misai kucing dari pelbagai sumber untuk menghasilkan adunan produk herba yang homogen.
quantified herbal substancebahan herba terkuantitiHerbaTiadaBahan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok bahan herba. Bagi bahan serbuk herba, bahan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40 - 48 mg jumlah glikosida fenolik yang diwakili salisin.
quantified herbal preparationsediaan herba terkuantitiHerbaTiadaSediaan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok sediaan herba. Bagi sediaan serbuk herba, sediaan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40-48 mg jumlah glikosida fenolik sebagai salisin.
standardised herbal substancebahan herba terpiawaiHerbaTiadaBahan herba yang diselaraskan kandungan juzuk berterapi dalam had boleh diterima. Pemiawaian ini dicapai melalui pelarasan bahan herba dengan eksipien atau pengadunan beberapa kelompok bahan herba. Bagi bahan serbuk herba, kuantiti bahan herba dinyatakan dalam julat yang sepadan dengan kuantiti juzuk berterapi. Contohnya, 415 - 500 mg serbuk daun herba Sennae folium terpiawai mengandungi 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena yang dihitung berasaskan senosida B.
standardised herbal preparationsediaan herba terpiawaiHerbaTiadaSediaan herba yang diselaraskan kandungan juzuk berterapi dalam had boleh diterima. Pemiawaian ini dicapai melalui pelarasan sediaan herba dengan eksipien atau pengadunan beberapa kelompok sediaan herba. Bagi sediaan serbuk herba, kuantiti sediaan herba dinyatakan dalam julat yang sepadan dengan kuantiti juzuk berterapi. Contohnya, 415-500 mg serbuk daun herba Sennae folium terpiawai mengandungi 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena yang dihitung sebagai senosida B.
production areakawasan pembuatanHerbaTiadaSuatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Bangunan, kemudahan dan peralatan di dalam kawasan pembuatan ini perlu dibina, diurus dan diselenggara menurut keperluan Amalan Pengilangan Baik. Kawasan memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang boleh menjanakan habuk, wap atau wasap seperti di tempat pengisaran, pemanasan atau perebusan perlu mempunyai ekzos udara. Aktiviti pensampelan, penimbangan, pengadunan dan pemprosesan perlu dijalankan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kontaminasi silang.

Kembali ke atas