Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.Öa.mal]/[pe.nga.mal] | ڤڠعمل

Definisi : orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.Öa.mal]/[pe.nga.mal] | ڤڠعمل

Definisi : orang yg mengamalkan sesuatu (ilmu, fahaman dsb); orang yg bergiat dlm sesuatu bidang pekerjaan (profesion): ~ undang-undang; ~ perubatan tradisional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengamal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
e-encountere-pertemuanTeknologi Maklumate-KesihatanPertukaran maklumat klinikal secara dua hala berasaskan web antara pesakit dengan pengamal perubatan, yang melibatkan perbincangan tertutup tentang pertanyaan atau masalah pesakit. Perbincangan ini boleh dimulakan oleh pesakit atau pengamal perubatan.
clinical decision support system (CDSS)sistem sokongan keputusan klinikal (CDSS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang dapat menganalisis data untuk membantu pengamal perubatan membuat sesuatu keputusan klinikal. CDSS merupakan adaptasi daripada sistem pembuat keputusan yang sering digunakan untuk menyokong pengurusan perniagaan. Pengamal perubatan menggunakan sistem ini untuk menganalisis dan menyediakan ulasan diagnosis sebagai satu cara menambah baik keputusan akhir rawatan. Analisis yang dibuat dapat meramal kejadian yang akan terjadi meliputi kesan ubat sehingga ke simptom penyakit.
flagpenandaTeknologi Maklumate-KesihatanHuruf-huruf khusus pada keputusan ujian makmal untuk mendapatkan perhatian pengamal perubatan terhadap keputusan ujian tersebut. Lazimnya, aras normal pada keputusan ujian makmal telah ditetapkan mengikut selang rujukan tertentu. Setiap keputusan yang tidak normal akan mengeluarkan penanda untuk makluman dan tindakan selanjutnya oleh pengamal perubatan sekiranya perlu. Contohnya, jika keputusan ujian gula lebih tinggi daripada selang rujukan, penanda ‘H’ akan dipaparkan.
e-consultatione-perundinganTeknologi Maklumate-KesihatanKaedah perbincangan yang dilakukan secara elektronik tanpa bersemuka. E-perundingan membolehkan rekod kesihatan elektronik (EHR) dikongsi antara pesakit dengan pengamal perubatan secara dalam talian. Kaedah ini menjimatkan masa dan kos bagi mendapatkan pandangan daripada pengamal perubatan berkenaan dengan kesihatan dan penyakit seseorang.
paramedical practitionerpengamal paramedikPerubatanTiadaKumpulan Penolong Pegawai Perubatan berdaftar yang memberikan rawatan, menjalankan ujian diagnostik, rehabilitasi dan khidmat nasihat kesihatan yang terhad berbanding skop dan kompleksiti tugas Pegawai Perubatan. Kumpulan ini juga boleh menjalankan tugas secara autonomi dalam skop yang ditetapkan atau dengan pengawasan yang terhad oleh Pegawai Perubatan.
constructivistkonstruktivisTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang pengamal dan pendukung pendekatan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme, iaitu pelajar perlu membina kefahaman sendiri mengenai dunia persekitaran mereka. Konstruktivis sentiasa menggalakkan pelajar membuat refleksi dan membawa pengalaman lalu kepada situasi baharu dan pengetahuan baharu dibina daripada pengetahuan sedia ada.
pharmaceutical chemistahli kimia ubatSains KesihatanTiadaGelaran lama bagi pengamal farmasi dalam perkhidmatan farmasi kerajaan di Malaysia.
psychographypsikografiKesusasteraanTiadaFrasa yang menekankan kepentingan kehidupan penulis pada hasil karyanya. Pengamal bidang ini digelar psikografer yang membuat kajian terperinci untuk mendapat maklumat mengenai pengaruh kehidupan yang dilalui penulis terhadap hasil karyanya. Istilah ini diaplikasikan oleh George Saintsbury kepada Sainte-Beuve yang menggelarkan dirinya sebagai naturalis kerohanian. Psikografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan mengenai kerohanian�. Lihat juga jargon.
psychiatric reportlaporan psikiatriPerubatanPsikiatriMaklumat perubatan pesakit psikiatri yang disediakan oleh pengamal perubatan.
proceduretatacaraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKaedah NDT secara peringkat demi peringkat daripada mula hingga akhir berdasarkan dokumen rasmi seperti kod, standard, dan spesifikasi yang digunakan oleh pengamal NDT. Contohnya, tatacara ujian ultrasonik terhadap kimpalan keluli karbon ialah tatacara yang menyatakan skop ujian, standard, jenis peralatan, prob, langkah-langkah tatacara, rekod, pelaporan, kriteria penerimaan dan lain-lain. Tatacara ujian ini perlu disahkan oleh pengamal NDT tahap 3.
123

Kembali ke atas