blind proficiency test | ujian kecekapan buta | Sains Forensik | Tiada | Ujian kecekapan yang dijalankan kepada penganalisis dalam keadaan penganalisis tersebut tidak sedar bahawa bahan bukti yang sedang diuji itu sebenarnya adalah sebahagian daripada ujian kecekapan terhadapnya. Ujian ini merupakan sebahagian daripada kawalan mutu makmal forensik dan untuk menjamin tahap kecekapan penganalisis forensik sentiasa terpelihara. |
exhaust-gas analyser | penganalisis gas ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peralatan yang digunakan untuk mengukur jumlah bahan pencemar yang terdapat dalam gas ekzos yang dihasilkan oleh enjin. Terdapat beberapa jenis peralatan bergantung pada bilangan bahan pencemar yang diukur. Contohnya, penganalisis jenis dua gas boleh mengukur kandungan gas hidrokarbon dan karbon monoksida, manakala penganalisis jenis empat gas boleh mengukur gas hidrokarbon dan karbon monoksida bersama- sama dengan gas oksigen dan karbon dioksida. Terdapat juga penganalisis gas ekzos yang berkeupayaan lebih tinggi yang boleh mengukur gas lain seperti nitrogen oksida. Komposisi gas karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen biasanya dibaca dalam kiraan peratus, manakala gas hidrokarbon dan nitrogen oksida dibaca dalam unit bahagian per juta (ppm). |
multichannel analyzer | penganalisis multisaluran | Fizik | Atom dan Nuklear | Lihat penganalisis denyut-tinggi. |
intergated optical spectrum analyzer | penganalisis spektrum optik kamir | Kejuruteraan | Tiada | Penganalisis isyarat yang menggunakan teknologi optik kamir dan belau Bragg. |
pulse-height analyzer | penganalisis denyut-tinggi | Fizik | Atom dan Nuklear | Alat yang mampu menentukan bilangan denyut yang berlaku dalam satu atau lebih julat frekuensi yang ditetapkan. Alat ini digunakan untuk menentukan spektrum tenaga sinaran nukleus. Sinonim penganalisis multisaluran. |
market by market location | pasaran melalui lokasi pasaran | Komunikasi | Korporat | Kelompok sasaran pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran. Penentuan sasaran pasaran perlu dilakukan sebelum proses pemasaran dibuat. Faktor yang membantu pemilihan lokasi pasaran yang tepat ialah maklumat yang disampaikan oleh penganalisis pasaran. Penganalisis pasaran akan menjelaskan sasaran pasaran berdasarkan aspek geografi, seperti kedudukan lokasi fizikal dan sempadan perkhidmatan sosial serta maklumat lain yang menjelaskan persekitaran pelanggan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contohnya, maklumat demografi kawasan seperti pendapatan, pekerjaan, pola aktiviti sosial, dan unsur lain yang berkaitan aspek ekonomi dan budaya pelanggan di kawasan sasaran. Selain itu, maklumat juga perlu menjelaskan impak lokasi pasaran seperti kadar sewa, pola persaingan, pencapaian, dan persepsi pasaran. Tujuannya adalah untuk memastikan pemasaran barangan atau perkhidmatan mencapai kejayaan optimum. |
ABI 310 genetic analyzer | penganalisis genetik ABI 310 | Sains Forensik | Tiada | Alat yang digunakan untuk menganalisis produk amplifikasi dan menghasilkan imbasan gen lokus STR serta menentukan jujukan fragmen DNA. Alat penjujuk DNA ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi dalam teknologi DNA forensik yang menggunakan kapilari tunggal dan masih digunakan sehingga sekarang. Penganalisis genetik yang menggunakan sistem multikapilari (8, 16 atau 24 kapilari) seperti ABI 3100, 3130, 3130xl, 3500 dan 3500xl atau dikenali sebagai penganalisis genetik ABI31xx lebih banyak digunakan dalam makmal forensik DNA. |
contract analysis | analisis kontrak | Herba | Tiada | Perjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan penganalisis kontrak untuk menjalankan sebarang aktiviti analisis yang berkaitan dengan kualiti, keberkesanan dan keselamatan bahan mentah, sediaan dan produk herba. Penganalisis kontrak perlu mempunyai makmal bertauliah, peralatan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Makmal Baik. Analisis perlu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pelanggan. Sijil analisis perlu ditandatangani oleh pegawai bertauliah. |
polarimeter | polarimeter | Kimia | Kimia Analisis | Alat yang digunakan untuk mengukur keaktifan optik suatu larutan atau cecair. Polarimeter terdiri daripada tiub yang mengandungi larutan, dua prisma Nicol, pengutub dan penganalisis serta kanta untuk membesarkan keamatan cahaya. Sumber cahaya monokromat digunakan seperti lampu natrium. Darjah putaran ditentukan dengan memutar penganalisis hingga ia bersilang dengan pengutub. bd. penganalisis. |
analyser | penganalisis | Fizik | Tiada | Tiada |