drop lifter | pengangkut turun naik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pengangkut yang mengangkat dan menurunkan rangka kereta. |
mega-carrier | pengangkut mega | Pelancongan | Tiada | Kapal terbang bersaiz besar untuk membawa penumpang atau kargo. Contohnya, kapal terbang A380. |
designated air carrier | pengangkut udara tentuan | Pelancongan | Tiada | Kapal terbang yang telah dikenal pasti untuk tujuan sesuatu penerbangan. |
xylem | xilem | Herba | Tiada | Tisu pengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. |
scrap conveyor | penghantar sisa | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pengangkut yang menghantar sisa logam ke tempat longgokan logam. |
floor reel | kili lantai | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat pengangkut rangka kereta yang belum dipasang roda. |
wood | kayu | Herba | Tiada | Bahagian batang yang keras terdiri daripada xilem yang mengandungi tisu pembuluh, trakeid, serat dan sel parenkima. Xilem berfungsi sebagai saluran pengangkut makanan, air dan zat terlarut ke bahagian atas tumbuhan. Kayu kering atau segar dalam bentuk utuh digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, kayu gaharu, kayu cendana dan kayu akar tongkat ali. |
large porous particle (LPP) | zarah besar berliang (LPP) | Fizik | Nanoteknologi | Satu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan. |