collage | rekatan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi moden yang memasukkan, menampal atau melekatkan bahan-bahan asing,juga kutipan-kutipan daripada pengarang� pengarang lain yang bertujuan untuk menjelaskan maksud yang hendak disampaikan. Sinonim kolase. |
implied author | pengarang tersirat | Kesusasteraan | Tiada | Pengarang yang wujud di sebalik teks atau pengarang yang merancang dan memaknakan teks. Pengarang menghasilkan teks secara tersirat, dan hanya boleh ditanggapi oleh imaginasi pembaca melalui proses pembacaan yang berulang-ulang dan penuh penghayatan. Pengarang tersirat berbeza dengan pengarang sebenar atau narator. |
author as character | pengarang sebagai watak | Kesusasteraan | Tiada | Pengarang karya kreatif yang memasukkan dirinya sendiri sebagai salah seorang watak dalam cereka yang dihasilkannya. Konsep ini diajukan oleh Jonathan Wilson dalam sebuah makalah yang diterbitkan dalam The Literary Review. Kehadiran pengarang sebagai watak dalam cerekanya sendiri bukan perkara baharu. Keadaan ini dapat dilihat pada bentuk cereka yang dinamakan autobiographical fiction. Berbeza dengan cereka autobiografi, kemasukan pengarang sebagai watak dalam cereka bukan bertujuan menggambarkan watak tersebut secara persis seperti pengarang yang hidup, atau memperlihatkan realiti sebenar yang dialami oleh pengarang tersebut atau dunia sebenar yang dihuninya. Pada satu pihak, penggunaan pengarang sebagai watak dalam sesebuah cereka memberi kesan bahawa cereka yang disajikan itu adalah benar, iaitu sama benarnya dengan pengarang yang hidup dalam dunia nyata. Di pihak yang lain, pengarang sebagai watak dapat memberikan kesan bahawa pengarang itu sendiri tidak nyata kerana sama seperti watak lain dalam cerita, wataknya adalah rekaan semata-mata. Lihat juga fiksyen autobiografi. |
authorial intusion | celahan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara. |
dramatic structure | struktur dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Struktur yang dirancang oleh pengarang dalam karya sastera untuk memberikan kesan tertentu pada karya tersebut. Perancangan pengarang bertujuan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah karya sastera, khususnya novel dan drama. Perancangan ini terdiri daripada lima bahagian, iaitu pengenalan, aksi menaik, klimaks, aksi menurun, dan penyelesaian. Kelima-lima bahagian ini ditentukan oleh konflik yang menjadi dasar perancangan tersebut. Struktur dramatik ini berasaskan struktur drama tragedi Yunani. Dalam perkembangan seterusnya, struktur ini tidak lagi diakari dengan tegar oleh pengarang-pengarang moden. Contohnya, drama berjudul No Exit oleh John-Paul Sartre, dan drama Dinsman tertajuk Una tidak lagi memperlihatkan struktur drama ini. |
implied reader | pembaca tersirat | Kesusasteraan | Tiada | Pembaca yang diingini dalam imaginasi pengarang semasa pengkaryaan. Seseorang pengarang mengandaikan bahawa pembaca tersirat sependapat dengannya mengenai watak dan situasi yang dialami dalam cerekanya. Pembaca tersirat yang diinginkan biasanya dapat ditanggapi oleh pengarang melalui bentuk dan isi cereka tersebut. Contohnya, pembaca tersirat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah pembaca yang sedia maklum tentang kesusahan dan kesukaran kehidupan di kampung, khususnya masyarakat tani. |
tone | nada | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan. |
putative author | pengarang anggapan | Kesusasteraan | Tiada | Pengarang rekaan yang dianggap sebenar dalam sebuah karya, iaitu dengan membina watak dalam karya yang dianggap sebagai pengarang buku. |
analect | analek | Kesusasteraan | Tiada | Serangkaian petikan hasil penulisan seorang pengarang atau sekelompok pengarang. Analek biasanya digunakan sebagai istilah generik untuk merujuk kepada judul buku, contohnya, Bunga Rampai Melayu Kuno yang disusun oleh M.C. Emeis, dan Analects of Confucius yang disusun oleh pengikut confucius. Analek berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �yang dikutip�. Analek juga disebut analecta atau bunga rampai. |
corresponding author | pengarang koresponden | Pendidikan | Tiada | Individu yang bersama-sama menyediakan makalah dengan beberapa pengarang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk berkomunikasi terhadap jurnal yang ingin diterbitkan bermula dari penyerahan manuskrip, kajian semula setara sehingga kepada proses penerbitan dengan memastikan semua keperluan pentadbiran jurnal dipatuhi. Pengarang koresponden biasanya akan bersedia untuk menjawab segala persoalan sepanjang proses pertanyaan editorial dan setelah jurnal tersebut diterbitkan. Pengarang koresponden terdiri daripada penyelidik kanan atau ahli akademik, seperti profesor kanan atau penyelidik utama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman penerbitan. |