fixing type preservative | bahan pengawet jenis kekal | Buluh | Tiada | Bahan pengawet yang bersifat kekal dalam sel buluh selepas proses pengawetan. Contoh bahan pengawet jenis kekal ialah kuprum arsenat berkromat (CCA). |
non-fixing type preservatives | bahan pengawet jenis tidak kekal | Buluh | Tiada | Bahan pengawet yang bersifat tidak kekal dalam sel buluh selepas proses pengawetan. Contoh bahan pengawet jenis tidak kekal ialah asid borik dan boraks. |
net dry salt retention | retensi bersih pengawet | Perhutanan | Tiada | Berat purata pengawet kering bagi satu unit isi padu kayu selepas rawatan pengawetan menggunakan tekanan. Penahanan garam pengawet ini berubah-ubah mengikut keperluan penggunaan, iaitu antara 5.6 kg/m3 untuk kegunaan dalaman hingga 24 kg/m3 untuk kegunaan persekitaran laut. |
specific gravity of preservative | graviti spesik pengawet | Perhutanan | Tiada | Nisbah berat pengawet yang mempunyai isi padu tertentu berbanding dengan berat air yang mempunyai isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan piawai. |
oil-based preservatives | bahan pengawet berasaskan minyak | Buluh | Tiada | Bahan pelarut berasaskan minyak yang mengandungi komponen racun kulat dan racun serangga yang digunakan untuk tujuan pengawetan. Contoh bahan pengawet berasaskan minyak ialah kreosot. |
water-based preservatives | bahan pengawet berasaskan air | Buluh | Tiada | Bahan pelarut berasaskan air yang mengandungi komponen racun kulat dan racun serangga yang digunakan untuk tujuan pengawetan. Contoh bahan pengawet berasaskan air ialah kuprum arsenat berkromat (CCA), boraks, dan asid borik. |
organic solvent-based preservatives | bahan pengawet berasaskan pelarut organik | Buluh | Tiada | Bahan pelarut berasaskan organik yang mengandungi komponen racun kulat dan racun serangga yang digunakan untuk tujuan pengawetan. Contoh bahan pengawet berasaskan pelarut organik ialah light organic solvent preservatives. |
sap displacement | rawatan gantian sap | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh dengan cara merendam buluh secara menegak dalam bekas yang mengandungi larutan bahan pengawet berasaskan air. Larutan bahan pengawet akan meresap masuk ke dalam struktur anatomi buluh. |
preservative | pengawet | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahan kimia yang ditambah kepada bahan makanan untuk menghalang pengoksidaan, penapaian atau perosotan lain, biasanya dengan menahan pertumbuhan bakteria. |
preservative | pengawet | Kejuruteraan | Tiada | Bahan kimia yang ditambah kepada bahan makanan untuk menghalang pengoksidaan, penapaian atau perosotan lain, biasanya dengan menahan pertumbuhan bakteria. |