chemical preservation | pengawetan kimia | Buluh | Tiada | Pengawetan buluh menggunakan bahan pengawet, iaitu bahan kimia yang bersifat toksik kepada agen perosak seperti anai-anai, serangga penebuk dan kulat pereput, yang bertujuan untuk melindungi buluh. Antara bahan kimia yang sering digunakan ialah asid borik, boraks dan asetik anhidrida. Sinonim rawatan kimia. |
semen preservation | pengawetan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses untuk mengawet semen pada suhu -196° Celsius. Proses pengawetan semen ini juga dikenali sebagai krioawetan. Semen yang dikrioawet boleh disimpan dalam tempoh yang lama untuk digunakan dalam permanian beradas. |
preservation of herbal materials | pengawetan bahan herba | Herba | Tiada | Usaha untuk mengekalkan keutuhan komponen kimia semasa pengangkutan dan penyimpanan bahan herba, dan mengurangkan risiko pemerosotan bahan herba. Pengawetan bahan herba dilakukan secara pengeringan, penapaian atau pengekstrakan. |
traditional preservation | pengawetan tradisional | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh atau kayu tanpa menggunakan bahan awet. Contohnya, pengasapan, rebusan, dan rendam dalam air. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tanpa bahan kimia. |
curing of herb | pematangan/pengawetan herba | Herba | Tiada | Suatu proses penyimpanan yang bersesuaian untuk membolehkan enzim yang terdapat dalam herba bertindak dan merubah kandungan biokimianya bagi meningkatkan kualiti herba. Contohnya, koko dan kacang vanila. |
chemical treatment | rawatan kimia | Buluh | Tiada | Lihat pengawetan kimia. |
penetration test | ujian penembusan | Buluh | Tiada | Ujian kualitatif secara visual untuk mengukur keberkesanan pengawetan buluh. |
chemical retention | simpanan kimia | Buluh | Tiada | Keupayaan bahan pengawet untuk kekal dalam buluh selepas pengawetan. |
immersion tank | tangki rendaman | Buluh | Tiada | Tangki yang digunakan untuk menakung larutan bahan pengawet bagi tujuan pengawetan. |
Boucherie method | kaedah Boucherie | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh bulat menggunakan mekanisme gantian sap buluh dengan bahan pengawet. Pengawetan buluh menggunakan kaedah ini dilaksanakan dengan memasang cawan penyedut udara pada salah satu hujung buluh bulat. |