Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ca.man] | ڤڠچمن

Definisi : perihal atau perbuatan menge­cam(kan), pengamatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengecaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biometric security techniqueteknik keselamatan biometrikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTeknik yang digunakan untuk memberi keizinan capaian kepada suatu sistem komputer. Teknik tersebut meliputi teknik pengecaman jari, pengecaman muka, pengecaman suara dan pengecaman retina.
molecular recognitionpengecaman molekulFizikNanoteknologiKeupayaan sistem biologi dan kimia mengecam pelbagai molekul dan mengawal atur sifat tertentu yang diperlukan. Dalam kimia, pengecaman molekul berlaku, apabila molekul perumah dapat membentuk suatu kompleks dengan molekul tetamu. Pengecaman dapat dibahagikan kepada pengecaman molekul statik dan pengecaman molekul dinamik. Pengecaman statik merupakan tindak balas antara molekul perumah dengan molekul tetamu, manakala pengecaman molekul dinamik adalah berkaitan dengan keseimbangan tindak balas molekul perumah terhadap pengecaman tersebut.
authenticationpengesahihanTeknologi Maklumate-PembelajaranProses pengecaman pengguna untuk mengakses sesuatu sistem e-pembelajaran bagi pengesahan kesahihan pengguna melalui nama pengguna dan kata laluan, pengecaman cap jari, pengecaman muka atau pengecaman suara.
identification testujian pengecamanHerbaTiadaProsedur pengenalpastian bahan herba sebagaimana yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba. Ujian ini adalah sebahagian daripada ujian kawalan kualiti yang lazim dilakukan ke atas bahan mentah dan sediaan herba. Bahan herba diperiksa secara visual berdasarkan ciri botani, organoleptik dan mikroskopi. Identiti bahan herba juga boleh dicam berdasarkan kehadiran sebatian penanda dan profil cap jari herba tersebut melalui analisis kromatografi dan spektroskopi. Ketepatan pengecaman dicapai melalui perbandingan bahan herba dengan bahan rujukan piawai. Sinonim ujian identifikasi.
identificationpengecamanPertanianTiadaProses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan sama ada tumbuhan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat.
pattern recognitionpengecaman corakBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pembelajaran mesin yang mengecam corak dan kelaziman dalam data. Kaedah ini biasanya diaplikasikan dalam analisis data statistik, pemprosesan isyarat, analisis imej, penjejakan maklumat bioinformatik, pemampatan data dan perkomputeran grafik.
Radio Frequency Identification (RFID)Pengecaman Frekuensi RadioTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTeknologi berasaskan gelombang radio untuk mengenal pasti dan mengesan tag bermaklumat elektronik yang dipautkan bersama objek secara automatik. Teknologi ini banyak digunakan dalam perniagaan komersial dan perindustrian.
optical character recognition (OCR)pengecaman aksara optik (OCR)Teknologi Maklumate-KesihatanPerisian yang mengecam aksara teks secara optik dengan menukar imej yang telah diimbas dalam format peta bit kepada bentuk yang dapat disunting menggunakan perisian pemproses kata.
de-anonymization/re-identificationpengecaman semulaTeknologi MaklumatTiadaTeknik pemprosesan data dengan mengenal pasti dan memasukkan semula maklumat peribadi bagi menghasilkan data yang boleh dikaitkan dengan mana-mana individu.
automated identification (AutoID)pengenalan automatik (AutoID)Teknologi Maklumate-KesihatanProses pengecaman data secara automatik melalui beberapa teknologi dan peranti seperti pembaca kod palang, pengenalan frekuensi radio (RFID), pembaca jalur magnet dan kad ingatan optik. Contohnya, pengenalan automatik digunakan untuk membuka pintu laluan zon terhad sesebuah hospital yang dikhaskan untuk pegawai perubatan sahaja. Sinonim tangkapan data dan pengenalan automatik (AIDC).
123

Kembali ke atas