specific exclusion | pengecualian tertentu | insurans | Tiada | Pengecualian yang dinyatakan dalam polisi sama ada dengan mengehadkan perlindungan atau menarik perhatian kepada fakta bahawa polisi tidak menyediakan perlindungan seperti yang dinyatakan. |
product failure exclusion | pengecualian kegagalan keluaran | insurans | Tiada | lih. pengecualian risiko perniagaan. |
nuclear exclusion clause | fasal pengecualian nuklear | insurans | Tiada | Fasal dalam insurans am yang mengandungi pengecualian kehilangan, kerosakan atau kerugian turutan atau sebarang liabiliti yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau timbul daripada radiasi ion atau pencemaran radioaktif daripada bahan api nuklear atau sisa nuklear akibat pembakaran api nuklear. |
year free of premium | tahun pengecualian premium | insurans | Tiada | Sesetengah insurer menawarkan insurans seperti insurans isi rumah yang memberi pengecualian premium selepas beberapa tahun perlindungan insurans berkuat kuasa. |
exemption for manufacture | pengecualian pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pelepasan daripada mengeluarkan produk secara besar-besaran untuk tujuan pendaftaran sampel produk. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Produk (DRGD), pengecualian ini hanya terpakai untuk produk tempatan. |
clinical trial exemption (CTX) | pengecualian percubaan klinikal (CTX) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran untuk mengilangkan sebarang produk herba tempatan untuk tujuan percubaan klinikal, walaupun produk tersebut bukan produk berdaftar. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ialah pihak berkuasa yang memberikan pengecualian percubaan klinikal. |
neutralization | pengecualian | Sukan | Lumba Basikal | Keadaan apabila pelumba dikecualikan daripada melalui kadar jarak tertentu, dalam acara lepas beramai-ramai atau perlumbaan mata,jika kemalangan atau kecederaan berlaku. |
standard exception | pengecualian standard | insurans | Tiada | Dalam insurans pampasan pekerja istilah ini bermaksud bahawa kumpulan pekerja tertentu dikelaskan berasingan daripada kelas utama untuk tujuan pengkadaran. |
visa waiver | pengecualian visa | Pelancongan | Tiada | Kebenaran yang diberikan oleh sesebuah negara kepada rakyat negara lain untuk memasuki negaranya tanpa permit. |
rating exemption | pengecualian kadaran | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |