Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngéks.tra.kan]/[pe.ngéks.tra/.kan] | ڤڠيکسترکن

Definisi : proses (perbuatan atau tindakan) mengekstrak: ~ protein drpd kacang soya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengekstrakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal extractionpengekstrakan herbaHerbaTiadaProses mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba berbilang komponen. Terdapat pelbagai jenis pengekstrakan, iaitu pengekstrakan pelarut organik, maserasi, perkolasi, pengekstrakan lawan arus, pengekstrakan bendalir lampau genting, penyulingan dan ekspresi.
continuous extractionpengekstrakan berterusanKimiaKimia AnalisisPengekstrakan pepejal atau cecair dengan menggunakan pelarut pengewapan yang sama melalui proses refluks dan kondensasi yang berterusan misalnya pengekstrakan Soxhlet.
countercurrent extractionpengekstrakan arus lawanKimiaKimia AnalisisProses pengekstrakan cecair-cecair yang pelarut dan proses alirannya bersentuhan dan mengalir dalam arah yang berlawanan. Ia digunakan dalam pengekstrakan dua bahan yang mempunyai pekali taburan yang hampir sama.
solvent extractionpengekstrakan pelarutKimiaKimia Analisislih. pengekstrakan cecair-cecair.
extractionpengekstrakanHerbaPemiawaianProses pengeluaran sesuatu sebatian daripada larutan atau jerapan menggunakan pelarut yang tidak larut campur dengan pelarut atau jisim penjerap asal. Contohnya, pengekstrakan sebatian zerumbon daripada ekstrak heksana rizom lempoyang (Zingiber zerumbet).
subcritical extractionpengekstrakan subkritikalTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses untuk memisahkan satu komponen daripada bahan yang lain dengan menggunakan pelarut yang berada dalam keadaan subkritikal. Pengekstrakan biasanya dilakukan pada matriks pepejal, tetapi boleh juga dilakukan pada cecair. Proses ini merupakan alternatif yang sesuai, selamat, kos yang efektif dan mesra alam sekitar berbanding dengan kaedah lazim.
countercurrent extractionpengekstrakan lawan arusHerbaTiadaKaedah mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba dengan menggunakan pelarut yang bergerak pada arah yang berlawanan. Alat yang digunakan ialah pengekstrak skru dan karusel.
extraction solventpelarut pengekstrakanHerbaTiadaPelarut yang digunakan untuk mengekstrak juzuk yang diperlukan daripada herba. Air tulen dan alkohol digunakan untuk menghasilkan sediaan ekstrak herba.
supercritical fluid extractionpengekstrakan bendalir lampau gentingHerbaTiadaKaedah mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba berbilang komponen dengan menggunakan bendalir lampau genting pada suhu dan tekanan rendah. Bendalir lampau genting seperti gas karbon dioksida atau nitrogen meresap melalui bahan pepejal herba dan melarutkan komponen dalam bahan herba. Contohnya, penyahkafeina daripada kopi (Coffea arabica) dan pengasingan kurkumin daripada kunyit (Curcuma domestica).
liquid-liquid extractionpengekstrakan cecair-cecairHerbaTiadaProses pemisahan komponen kimia terlarut daripada cecair akues dengan menggunakan pelarut organik yang tak terlarutcampurkan atau sebaliknya. Contohnya, morfina dalam eter diekstrak dengan menggunakan air yang diasidkan dengan asid hidroklorik dan menghasilkan morfina hidroklorida yang lebih larut dalam fasa berair.
12345

Kembali ke atas