Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.lua.ran] | ڤڠلوارن

Definisi : perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.lua.ran] | ڤڠلوارن

Definisi : perbuatan atau hal mengeluarkan (menghasilkan): ~ buku teks hendaklah diperbanyak pd tahun-tahun yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
production peakpuncak pengeluaranVeterinarTiadaJangka masa pengeluaran tertinggi dalam tempoh keseluruhan pengeluaran telur atau susu yang dihasilkan oleh ternakan. Pada ternakan seperti ayam penelur, puncak pengeluaran telur biasanya berlaku pada umur 28 hingga 33 minggu dengan penghasilan melebihi 78%. Bagi haiwan tenusu, tempoh ini berlaku pada bulan kedua selepas melahirkan anak.
literary mode of productionragam pengeluaran sasteraKesusasteraanTiadaPengeluaran bahan bacaan yang dipengaruhi oleh institusi dan hubungan sosial. Konsep ini dikembangkan oleh penganut Marzxis moden termasuk Terry Eagleton dan Pierre Macherey. Menurut mereka, ragam pengeluaran sastera kini berbeza dengan ragam pengeluaran dahulu. Contohnya, pada abad ke-17 dan 18, sastera di Britain amat dipengaruhi oleh budaya penaungan. Pada zaman ini tuntutan pasaran seperti cita rasa pembaca mempengaruhi pengeluaran karya sastera. Justeru, fiksyen picisan seperti novel cinta yang menjadi kegemaran masyarakat kini banyak menentukan penerbitan karya sastera.
marginal productivitydaya pengeluaran sutEkonomiTiadaTambahan unit atau nilai output yang boleh dikeluarkan dengan menambah penggunaan satu unit faktor pengeluaran, ceteris paribus. Misalnya, sebuah kilang dengan 7 orang buruh boleh mengeluarkan 100 unit payung. Dengan 8 orang buruh, pengeluaran menjadi 110 unit. Daya pengeluaran sut buruh ke 8 ialah 10 unit. Lihat juga keluaran sut.
diminishing marginal productivitydaya pengeluaran sut berkuranganEkonomiTiadaDaya pengeluaran sut yang makin berkurangan apabila bilangan input berubah terus ditambah kepada satu input tetap. Lihat juga daya pengeluaran sut dan hukum pulangan berkurangan.
production arearuang pengeluaranHerbaTiadaRuang yang digunakan untuk menghasilkan produk herba di dalam suatu kilang pengeluaran. Ciri binaan dan penyelenggaraan kemudahan dan peralatan di dalam ruang pengeluaran ini mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP). Aktiviti masuk dan keluar dari ruang ini dikawal untuk mengelakkan kontaminasi silang.
productivitydaya pengeluaranEkonomiTiadaOutput maksimum yang boleh dikeluarkan dengan mengubah kuantiti sesuatu input pada suatu tingkat teknologi dengan kuantiti input lain dianggap tetap. Daya pengeluaran diukur dalam nilai ringgit. Ini berbeza dengan daya pengeluaran fizikal yang diukur dalam unit keluaran.
batch productionpengeluaran berkelompokKesenianTiadaPengeluaran sesuatu barangan secara berkelompok.
automationautomasiEkonomiTiadaPenggunaan alat mekanik dan elektronik yang maju, seperti komputer, mesin kira, mesin pendua, dan robot, yang boleh membantu mempercepat proses sesuatu pengeluaran. Automasi meningkatkan daya pengeluaran dan mungkin mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Automasi merupakan kesan daripada kemajuan teknologi.
physical productivitydaya pengeluaran fizikalEkonomiTiadaLihat daya pengeluaran.
marginal productivity doctrinedoktrin daya pengeluaran sutEkonomiTiadaLihat teori daya pengeluaran sut.
12345678910...

Kembali ke atas