risk identification | pengenalpastian risiko | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses untuk mengesan kebarangkalian bahaya yang boleh menghalang sesuatu program, perusahaan atau pelaburan untuk mencapai matlamatnya. Pengenalpastian risiko merangkumi proses pendokumentasian dan penyaluran maklumat yang mungkin terjadi pada masa hadapan. |
Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) | Pengenalpastian Kawasan Panas Tumpuan Dinamik (HIDE) | Kesihatan Awam | Tiada | Analisis data raya dan kecerdasan buatan (AI) yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi kawasan panas penularan wabak COVID-19 dalam jangka masa tujuh hari. Analisis yang dibuat adalah menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada. Sistem HIDE akan menyenaraikan premis berisiko. Senarai ini akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan kawalan kendiri oleh masyarakat umum dan premis perniagaan. |
biometric | biometri | Fizik | Nanoteknologi | Pengenalpastian yang berasaskan ciri peribadi seperti mata, muka, dan cap jari. Biometri dapat dikesan secara elektronik. |
identification test | ujian pengecaman | Herba | Tiada | Prosedur pengenalpastian bahan herba sebagaimana yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba. Ujian ini adalah sebahagian daripada ujian kawalan kualiti yang lazim dilakukan ke atas bahan mentah dan sediaan herba. Bahan herba diperiksa secara visual berdasarkan ciri botani, organoleptik dan mikroskopi. Identiti bahan herba juga boleh dicam berdasarkan kehadiran sebatian penanda dan profil cap jari herba tersebut melalui analisis kromatografi dan spektroskopi. Ketepatan pengecaman dicapai melalui perbandingan bahan herba dengan bahan rujukan piawai. Sinonim ujian identifikasi. |
epigenomics diagnosis | diagnosis epigenomik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pengenalpastian penyakit yang disebabkan oleh faktor epigenomik. Lihat juga epigenomik. |
metabarcoding | metapengekodan palang | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pengenalpastian secara serentak pelbagai taksa dalam kumpulan organisma yang sama dari sampel persekitaran semula jadi yang sama. Lihat juga pengekodan palang DNA. |
gene prediction | peramalan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses pengenalpastian kawasan DNA genom yang mengekodkan gen seperti gen pengekodan protein, gen pengekodan bukan protein dan elemen pengawal atur. |
visitor characteristic | ciri pelawat | Pelancongan | Tiada | Sifat dan pengenalpastian terhadap pelawat yang dinilai berdasarkan umur, jantina, bangsa, budaya dan kewarganegaraan. |
DNA barcoding | pengekodan palang DNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pengenalpastian spesies dengan menggunakan kawasan pendek yang khusus dalam DNA dari gen yang tertentu. |
qualitative analysis | analisis kualitatif | Herba | Pemiawaian | Kaedah analisis kimia yang berkaitan dengan pengenalpastian kelas sebatian tertentu dalam herba. Contohnya, penentuan alkaloid dalam daun ketum (Mitragyna speciosa) menggunakan reagen Meyer atau Dragendorff. |